Mahathir dan Anwar bergabung demonstrasi desak Muhyiddin letak jawatan

107 ahli Parlimen pembangkang tidak termasuk MP Umno berkumpul di Dataran Merdeka hari ini selepas mereka di halang dari masuk ke Parlimen.

Semua ketua pemimpin parti pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Pejuang), Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan), Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO) dan Syed Sadiq Abdul Rahman (Muda) hadir.

Selain mereka, turut hadir adalah semua pemimpin utama Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), Mohamad Sabu (Presiden AMANAH).

Kesemua mereka berkumpul di tengah panas Dataran Merdeka selepas Parlimen ditutup dari bersidang.

Semua pemimpin berucap termasuk Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar.

Mereka kemudiannya bergerak ke Parlimen dengan membawa banner “Mahiaddin & Kabinet Letak Jawatan.” dan latar belakang lagu Inilah Barisan Kita.

“Dengan 107 ahli Parlimen yang hadir hari ini, kerajaan Mahiaddin sebenarnya telah jatuh,” kata Anwar ketika berucap.

Ratusan polis berkumpul di perkarangan bangunan Parlimen bagi menghalang 107 MP Pembangkang masuk.

Di Bangunan Parlimen, ratusan polis berkumpul menghalang mereka masuk.

Polis melarang dari mereka masuk ke Parlimen tetapi sedia menerima sebarang nota bantahan jika mahu diberikan.

MP melaungkan ‘Daulat Tuanku dan Hidup Rakyat serta Undur Mahiaddin’ apabila mereka dihalang masuk.

sumber : https://malaysiadateline.com/107-mp-pembangkang-kecuali-umno-hadir-undur-mahiaddin-bergema-di-dataran-merdeka/