Mahathir dilapor dikejarkan ke CCU IJN, pengamal media mula berkampung

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Pengamal media tempatan dan luar negara sudah mula berkumpul di Institut Jantung Negara (IJN) bagi memantau perkembangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad selepas beliau dilaporkan dimasukkan ke IJN, di ibu negara, pada Sabtu.

Astro AWANI difahamkan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang dipantau di unit Rawatan Rapi Koronari (CCU), IJN.

Difahamkan, kenyataan rasmi berhubung status kesihatan Dr Mahathir, 96, akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif pada Jan 7 lalu sebelum dibenarkan pulang pada Jan 13.

-Astro Awani-