Mahathir pernah guna kuasa PM untuk cepatkan waktu di Malaysia, budat sunat laser tak tahu yang ini

Semasa Tun Mahathir memimpin kerajaan Malaysia, banyak perubahan yang dibuat yang bertentangan dengan arus perdana. Salah satu perubahan yang kontroversial ialah pemecutan masa.

Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di Menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipindahkan 30 minit lebih awal kepada jam 12 tengah malam. Semua jam di Semenanjung Malaysia turut diarahkan untuk melakukan perkara yang sama.

Mengapa hanya di Semenanjung?

Sebelum tarikh penting itu, zon masa di Malaysia Barat (MB) dan Malaysia Timur (MT) tidak seiring. MB menggunakan GMT+7.30, sementara MT menggunakan GMT+8. Demi kemudahan urusan rasmi dan pentadbiran ekonomi negara, Tun Mahathir ingin menyelaraskan waktu di seluruh Malaysia.

Beliau memilih GMT +8 sebagai Waktu Piawai Malaysia (WPM). Memandangkan MT sudah menggunakan GMT +8, hanya jam di MB yang terlibat dalam penyelarasan waktu tersebut.

Namun, banyak yang mempertikaikan pemilihan GMT +8 sebagai WPM. Mengapa tidak selaraskan dengan GMT +7.30, terutama kerana pusat ekonomi Malaysia pada masa itu terletak di Kuala Lumpur?

Pemilihan Tun Mahathir mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Pusat-pusat ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China, dan Taiwan menggunakan zon masa GMT +8. Oleh itu, berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dianggap akan meningkatkan daya saing Malaysia.

Pemindahan 30 minit ke hadapan ini menjadikan waktu MB agak unik berbanding dengan waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Unik bagaimana?

Di garis khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang, menjadikan siang dan malam sama panjang, iaitu masing-masing 12 jam.

Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, menjadikan pertengahan waktu siang adalah jam 12, yang juga dikenali sebagai “tengah hari.”

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, menjadikan pertengahan waktu malam juga adalah jam 12, yang dikenali sebagai “tengah malam.”

Di bandar-bandar berdekatan khatulistiwa seperti Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, dan juga di Kota Kinabalu dan Labuan, matahari terbit dan terbenam sekitar jam 6 pagi dan 6 petang, mencipta keadaan yang hampir ideal.

Bagi Kuala Lumpur dan bandar-bandar MB, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam jam 7 petang. Unik, bukan?

Oh ya, Tun Mahathir bukanlah orang pertama yang mengubah waktu di Malaysia. Semasa penjajahan, zon waktu di rantau ini beberapa kali diubah. British pernah mengarahkan penggunaan zon waktu GMT +7. Zaman penjajahan Jepun, kita menggunakan GMT +9, seiring dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon waktu bukanlah sesuatu yang terbatas hanya di Malaysia. Demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa memajukan jam 30 minit pada penghujung tahun 1981 itu.

Bayangkan jika Singapura kekal menggunakan GMT +7.30. Masyarakat Johor yang bekerja di seberang perlu menyesuaikan jam mereka setiap hari selepas melalui kaunter imigresen. Mungkin mereka perlu memakai jam di kedua-dua tangan, satu untuk waktu Malaysia dan satu lagi untuk waktu Singapura. Hahaha.

Pada tahun 2001, Thailand juga merancang untuk menukar zon waktunya dari GMT +7 kepada GMT +8, tetapi cadangan itu tidak terlaksana. Malah, cadangan penyelarasan zon waktu di kalangan negara-negara ASEAN juga pernah diajukan, dan zon waktu yang dicadangkan dalam usul itu adalah GMT+8.

Mungkin itulah sebabnya orang Semenanjung selalu terlambat datang ke temujanji. Mungkin mereka lupa untuk memajukan jam 30 minit pada tahun 1981 itu.

Baca: Staff hotel jumpa cincin berlian RM3.8 Juta milik jutawan Malaysia dalam ‘vacuum cleaner’