Mahathir sedia bertanding di PRU 15 jika tiada calon sesuai, hanya mahu pertahan kerusi Parlimen Langkawi

Mahathir sedia bertanding di PRU 15 jika tiada calon sesuai, hanya mahu pertahan kerusi Parlimen Langkawi. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan cadangan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut Astro Awani, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sudah mempunyai beberapa nama calon untuk dipertaruhkan di kawasan itu, namun ia terlalu awal untuk didedahkan kepada umum.

Bertanding kembali hanya jika calon tidak sesuai

Tambah beliau, sekiranya calon berkenaan masih didapati tidak sesuai dan tidak mahu bertanding di Parlimen itu, beliau sedia kembali bertanding.

“Kita ada calon tetapi waktu ini kita tidak (boleh) beritahu lagi, kalau tak ada apa pun (perkembangan berkenaan calon sesuai hingga ke saat akhir), (dan jika) ada orang cadang saya (untuk bertanding di Langkawi), saya akan pertimbangkan.

“Kalau sudah tak ada orang (yang sesuai), (saya mungkin bertanding mempertahankan kerusi ini),” katanya kepada media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, di sini, semalam.

Percaya sokongan ahli Bersatu sudah berubah ke arah parti Pejuang

Bilangan ahli parti Pejuang dikatakan lebih ramai jika mahu dibandingkan dengan parti Bersatu. Mahathir percaya sokongan ahli Bersatu sudah berubah kepada parti barunya.

“Kita sudah lawat semua negeri, sampai ke Sabah kita pergi, tetapi tidak ada laporan. Kita (sebenarnya) ada orang (ahli parti), (lebih) banyak daripada orang Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dahulu.

“Mereka sekarang ini sudah tidak sokong Bersatu, mereka sokong Pejuang,” jelasnya lagi.

Mahu buka peluang kepada calon lebih muda

Awal Mac lalu, Dr Mahathir mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam PRU15.

Menurutnya, ia bagi memberi peluang kepada calon yang sesuai dan lebih muda untuk terlibat di arena politik serta pilihan raya selain faktor kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.

Baca Juga: ‘Wey jom esok makan nasi kandar dekat Penang nak?’ – Dua pemuda buat ‘last trip’ sebagai pelatih juruterbang

Baca Juga: Darjah 2 dah diasak cari ayat tersirat, pakar psikiatri ini mahu penggubal silibus jawab