Mahmud Jumaat akhirnya dedah sebab sebenar tidak lagi wakili ibu Zayn Rayyan

Peguam yang mewakili ibu kandung kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 telah mengesahkan dakwaan khabar angin yang bertiup apabila dirinya tidak lagi mewakili pasangan itu sejak 4 hari lalu.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, keputusan yang dibuat atas sebab-sebab tertentu.

Tinjauan di laman sosial Facebook beliau mendapati ada memberikan komen yang menarik perhatian ramai di laman sosial tersebut.

“Saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua, #Justiceforzaynrayyan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial meluahkan rasa syukur apabila peguam tersebut tidak lagi mewakili ibu kanak-kanak malang tersebut.

Untuk rekod, pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Baca juga: Ini tips mudah kurangkan kalori bila makan nasi kandar..’confirm’ layan kuah banjir hari-hari