Mahu buktikan meraka bahagia, akhirnya pempengaruh media sosial Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry membawa kedua-dua orang isteri menunaikan umrah dan melancong ke Turki.
Meskipun tidak henti dikecam segelintir netizen Abang Tesla memuat naik gambar bersama dua isterinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bersama bagasi mereka menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), hari ini,
Sebelum ini, Abang Tesla tidak pernah menunjukkan muka isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd Hanafi, 22, walaupun sudah menjadi sepasang suami isteri.
Berdasarkan kapsyen pada gambar itu, Abang Tesla menyatakan mereka akan bercuti di Turkiye dan menunaikan umrah bersama buat kali pertama.
“Trip pertama kami bersama Turkey+Umrah,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada segelintir netizen yang gembira melihat kebahagiaan mereka.
“Saya gembira melihat ini. Selagi kamu adil, abaikan apa orang kata.
“Netizen henti kecam nombor dua (isteri kedua). Apa yang pertama (isteri pertama) dapat dia pun patut dapat.
“Doa baik-baik saja, isteri pertama okey kita patut hormati saja,” tulis pengguna IG dikenali aqyeala.
“Okey kali ini aku sokong, bawa dua-dua bini baru adil, aku doakan korang (kamu) bercinta sampai syurga,” tulis dahlianick20.
Abang Tesla menikahi isteri keduanya selepas beberapa bulan berkenalan menerusi platform media sosial.
Dia turut memaklumkan usai menikah dia telah menyediakan sebuah kediaman buat isteri keduanya yang juga berada di Johor Bahru.
Terdahulu video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan nama Abang Tesla telah mencetuskan sensasi apabila lelaki tersebut mempamerkan aksinya bersama isteri pertama, Nurmajdina Jamari ketika solat Subuh dan menangis tiga jam sebelum berpoligami.
Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.
Abang Tesla berkata, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
Dalam hantaran berasingan, Abang Tesla memuat naik video menunjukkannya dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.
Lebih mengundang kemarahan segelintir netizen apabila ‘Abang Tesla’ dipercayai mengeluarkan kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.
Baca juga: Pasangan licik ini elak bayar RM845.60 bil di restoran yang tak tahan tu siap tapau lagi