Mahu hukuman gantung disiarkan secara lansung di televisyen, balasan lelaki sembelih rakan

Mahu hukuman gantung disiarkan secara lansung di televisyen, balasan lelaki sembelih rakan selepas wanita tersebut menolak cintanya. Rayuan tersebut dikemukakan oleh Mahkamah Mesir ke atas Mohamed Abel.

Mahkamah membuat rayuan tersebut kepada ahli parlimen Mesir untuk menyiarkan pelaksanaan hukuman mati lelaki tersebut yang baru berusia 21 tahun secara siaran lansung di televisyen, tidak kiralah ia hanya sekadar permulaan prosiding.

Siaran lansung hukuman tersebut adalah bertujuan untuk menghalang orang ramai daripada melakukan jenayah yang sama.

Difahamkan, suspek bertindak menyembelih Naira Ashraf pada 20 Jun lalu di depan universiti. Orang ramai tidak sempat meyelamatkan wanita tersebut kerana lelaki tersebut melakukannya dengan cepat.

Memetik laporan Mirror UK, Mohamed Abel disabitkan bersalah atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang merupakan pelajar Universiti Mansoura, Mesir.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Suspek kemudian dijatuhi hukuman mati dan peguam yang mewakili Mohamed Abel iaitu Farid El-Deeb memaklumkan mereka masih mempunyai masa selama 60 hari untuk mencabar pelaksanaan hukuman tersebut.

Baca Juga: Tak boleh terima hakikat lamaran ditolak, lelaki sembelih wanita depan universiti

Baca Juga: Khairul Aming kongsi bagaimana kuasa TikTok boleh bantu kedai makan jadi viral, pengikut kurang pun boleh ‘FYP’