Bangsawan Sepanyol, yang dikenali sebagai Duke of Huescar, Fernando Juan Fitz-James Stuart y de Solis, telah dikhabarkan cuba mendaftarkan nama yang sangat panjang untuk anaknya, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Independent.
Fernando, 33 tahun merupakan pewaris kepada pangkat Duke of Alba, bersama isterinya, Sofia Palazuelo yang berusia 31 tahun, telah menjadi tumpuan kontroversi semasa mereka mendaftarkan nama anak mereka di pejabat pendaftaran.
Nama yang cuba didaftarkan adalah Sofia Fernanda Dolores Cayetana Teresa Angela de la Cruz Micaela del Santisimo Sacramento del Perpetuo Socorro de la Santísima Trinidad y de Todos Los Santos.
Pasangan itu merasa kecewa kerana peraturan menyatakan bahawa nama yang diberikan kepada kanak-kanak tidak boleh melebihi satu nama majmuk dan dua nama mudah.
Nama yang dicadangkan oleh Duke of Huescar untuk bayinya jelas melebihi had yang dibenarkan.
Fernando cuba memberikan nama anak perempuannya sempena mendiang Duchess of Alba yang meninggal dunia pada tahun 2014, iaitu María del Rosario Cayetana Paloma Alfonsa Victoria Eugenia Fernanda Teresa Francisca de Paula Lourdes Antonia Josefa Fausta Rita Castor Dorotea Santa Esperanza Fitz-James Stuart y de Silva Falco y Gurtubay.
Selain daripada 19 nama tersebut, Guinness World Records mencatatkan bahawa mendiang Duchess of Alba memegang 46 gelaran, yang melebihi mana-mana wanita bangsawan lain.
Baca juga: Semeter cecah RM219, ramai taktahu ini rupanya kain kafan untuk golongan bangsawan