Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kini disiasat Polis berhubung kenyataannya yang menyentuh sensiviti perkauman.
PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R (rullers, religion, race) dengan mendakwa parti DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara barat.
Timbalan Pengarah (Forensik’Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Dato Suresh Kumar A/L G. Suppiah DCP berkata, kenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran di halaman Facebook Abdul Hadi Awang pada 8 Julai 2023 yang lalu.
Isu tersebut turut diulas dalam artikel yang diterbikan oleh portal berita New Straits Times bertarikh 8 Julai 2023.
Siasatan dijalankan olah unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahgaian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan seksyen 233 Akta Komuniasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,
“Tindakan tegas akam diambil terhadap mana-mana pihak yan bertindak menggugat kententeraman awam dan keselamatan negara,” kata beliau.
PDRM turut akan merakam percakapan wartawan New Straits Times (NST) yang menerbitkan berita secara dalam talian berhubung kenyataan Hadi itu.
Siasatan ke atas artikel itu berkaitan laporan berita bertajuk ‘Hadi again accuses DAP of Chinese agenda, using Malay spokesperson to achieve goals’.
Selain itu, antara intipati lain yang diterbitkan menerusi laporan itu adalah dakwaan Hadi bahawa ‘DAP berjaya melantik jurucakap daripada orang Melayu yang lupa akan kemelayuan mereka dan terpinggir dari segi ketaatan kepada Islam.
Baca juga: Boleh kerjasama tetapi sukar nak bagi kerusi kepada Pejuang – Tuan Ibrahim