Majikan Malaysia antara yang paling kedekut di Asia Tenggara

Majikan Malaysia antara yang paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan­jakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.

Memetik Utusan Malaysia, melihat kepada perbandingan dengan jiran serantau, Malaysia hanya menyumbang 25 peratus daripada KDNK daripada segi upah kepada pekerja, berbanding Singapura 40 peratus, Indonesia 84 peratus, dan 76 peratus di Filipina.

Angka-angka ini menyumbang kepada saiz penduduk negara-negara yang disebutkan di atas:

  • Malaysia – 33 juta orang
  • Singapura – 5.6 juta orang
  • Indonesia – 273 juta orang
  • Filipina – 109 juta orang

Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor menganggap bayaran yang begitu rendah daripada majikan di negara ini tidak masuk akal kerana syarikat di Malaysia mempunyai kemampuan untuk membayar upah pekerja lebih tinggi daripada gaji minimum RM1,200.

“Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19. Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit.

“Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.

“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.

Baca Juga: Lelaki larikan diri daripada perkahwinan sebab tak mampu bayar jurusolek

Baca Juga: Ini 5 adat Melayu yang diguna sampai sekarang tapi bertentangan dengan Islam