Majlis kahwin bertukar ‘medan perang’, tetamu terkejut pasangan pengantin leka main game ketika majlis

Sepasang pengantin menjadi tular di China kerana leka bermain permainan video ketika majlis perkahwinan mereka.

Setelah pengantin lelaki sampai di sebuah hotel, pasangan baru tersebut memulai sesi bermain permainan video dengan memilih untuk bermain League of Legends di dalam sebuah bilik.

Mengikut rakaman kejadian, mereka diperhatikan oleh tetamu sambil pengantin duduk di atas katil, menatap komputer riba, dan dikelilingi oleh tetamu yang hadir.

Pengantin perempuan, Ning, menyatakan bahawa suaminya sangat meminati permainan video sejak kali pertama mereka bertemu.

Ning menyatakan bahawa dia semakin mahir dalam bermain permainan video kerana sering berlatih, bahkan menjadi lebih hebat daripada suaminya.

“Semua orang tahu saya bagus, jadi mereka bergabung untuk membantunya menewaskan saya. Pemenang akan mendapat wang, jadi walaupun saya kalah, kami berdua gembira,” kata Ning.

Walaupun mendapat bantuan tetamu majlis, Ning masih berjaya mengalahkan suaminya. 

Baca juga: Sedapnya sotong celup tepung super rangup! Rupanya ada tips ‘rahsia’ tak meletup