Pasti ramai yang melalui zaman dimana ketika pergi ke majlis kahwin ada melihat makcik-makcik yang suka ‘menapau’ makanan walaupun tetamu masih ramai lagi.
Perangai ini dapat kita lihat jika menghadiri kenduri di pedalaman mahupun kampung-kampung di Malaysia.
Wanita ini dengan bengang menceritakan kisah makcik tapau di kampungnya yang seakan akan tidak mahu berhenti dari menapau walaupun sudah diberikan amaran dan jelingan berulang kali.
Salam warga FB yang budiman.. Sekarang dah hujung – hujung tahun memang banyak la kenduri kahwin kan. Aku bukan nak membawang, hanya nak kongsi pengalaman dan pemerhatian aku tentang orang kita ni semasa majlis kenduri berlangsung.
Bukan nak kata kita ni g3ng baik-baik, memang tak lah, tapi apa salahnya kita berhenti sejenak dan berfikir, sikap dan adab kita ni ok ke tak. Benda kecik tapi kita dapat dosa free tanpa sedar.
Geng Bawang Baru-baru ni kakak sepupu aku baru melangsungkan perkahwinan dia. Dan dia bukanlah muda, umur dalam 39 tahun baru bertemu jodoh. Dia pegawai kerajaan, Gred 44 (tinggi la ye, dop tau weh). Dan pasangannya tu umur tua sikit dari dia lah tapi kerja kampong jer.
Ini lah yang menjadi topik hangat makcik – makcik aku dan sepupu – sepupu aku yang lain. Katanya tak sama taraf. Laki tu nak tumpang senang jer sebab kakak tu kerja kerajaan. Pastu kakak tu terp4ksa terima dan redha jelah, takde pilihan lain, umur pun bukanya muda dah kan. Macam tau – tau je isi hati orang makcik ni. Jadi jodoh tu macam salah.
“Jodoh salah makcik, yeke?” Aku tanya balik makcik tu “Aaahh…” Barulah dia beristighfar, “eh bukan salah, tapi lain kali jangan kawin lambat, tengok nasib kakak sepupu kamu jadi gitu. Nak beranak pun payah nanti.” Amboi makcik.
Yelah, memang dia kahwin lambat, tapi salah dia ke? Kalau dia dah cuba tapi takde jodoh lagi dari dulu. Nak buat macam mana. Pregnant umur 40 memang risiko tapi kita ni Tuhan ke nak tentukan nasib orang tu, tak dapat anak la nanti, susah nak beranak la, itu ini macam-macamlah.
Allah ada, rezeki, jodoh, keturunan dia dah tulis semuanya. Tak perlu membawang sangat lah. Dan satu lagi biasalah hiasan – hiasan pelamin, warna – warna hiasan akan jadi tarikan untuk topik membawang. Suka hati orang tu lah dia nak hias macam mana.
Walaupun aku rasa pelamin dia tak cantik, colour macam tak kena, kelaut, horm4tilah majlis orang. Tak payah komen lebih. Senyap je. Dalam hati aku terdetik jugalah, ‘buruk nya pelamin ni’ tapi dalam hati jelah. Berhenti je kat situ, nasib kita pun tak tau lagi, entah ada pelamin ke tidak huhu.
Geng VIP – Yang ni aku kesian kat family pakcik aku ni. Keluarga makcik aku yang duduk jauh ni mintak nak stay homestay tak nak duduk rumah pakcik aku. Katanya orang ramai, tak selesa. Ok je diorang nak duduk homestay kan.
Tapi diorang mintak pakcik aku bayar daa. Memang la kita datang nak memeriahkan majlis tapi, orang yang buat kenduri tu pun dah banyak keluar duit, tak perlu la kot kita nak membebankan diorang lagi. Lain lah pakcik ko tu jenis makan 7 keturunan tak habis.
Dan, aku perasan family diorang ni masa majlis kenduri. Cuma duduk depan tv dan main phone sepanjang masa, VIP sangat. Adalah dalam 3 keluarga suami isteri dan anak – anak mereka. Tak campur dengan siapa – siapa, tak tolong apa pun, memang nampak duduk je.
Sampai orang luar perasan, weh sed4ra ko tu memang duduk je ke. Nak kata apa, takkan nak tegur kang terasa pulak senyum jelah. Aku rasa benda ni common sense la, tak nak tolong apa-apa takpa, nak duduk duduklah, tapi jangan lah obvious sangat. Malu kat orang ler!
Geng Tapau – Yang ni memang classic. Bayangkanlah lauk yang tak habis untuk makan 300 orang boleh di tapau dalam masa sejam selesai! Nasi je tak luak. Lauk licin. Aku dan sed4ra mara yang lain tengah sibuk kat depan layan tetamu lagi.
Caterer dah nak balik diorang letak kat dapur jelah. Kawan aku datang dari Alor Setar ke Kuantan nih, kawan-kawan pengantin, kawan cousin aku yang lain baru sampai. Lauk dah takde. Ya kami tepuk dahi. Majlis tak habis lagi orang dah siap tapau.
Geng yang duduk saja saja tu, campur dengan geng membawang dan mereka – mereka yang lain yang buat kerja. Adalah lauk sikit campur dengan lauk pengantin aku hidangkan kat tetamu. Dan lagi tragis, diorang tapau sekali dessert, brownies, cheesecake dan chocholate dari luar negara yang ada dalam peti ais.
What?! Common la, nak tapau pun jangan la nampak hadap sangat. Peti sejuk rumah orang ko bukak check, makan apa saja dalam tu. Tak malu ke? Aku perasan ada budak – budak ambik chocolate dari peti ais, mak dia tak tegur mana dapat makanan tu.
Malahan mak dia pulak pergi tolong tapau. Menangis tuan rumah, chocolate mahal dia beli dari London settled! Mungkin la takde rezeki kat cousin ku itu. Tapi itu bukan caranya kita nak ambil makanan orang. Malu la sikit weh.
Kalau ko buat per4ngai macam tu, confirm anak – anak ko akan ikut per4ngai ko tu. Baik berubah sebab aku nampak dulu makcik aku yang sorang tu suka menapau melebihi had kawalan, sekarang dah jatuh per4ngai kat anak – anak dia pulak yakni sepupu – sepupu kami tu dan cucu – cucu dia pun sama, kecik – kecik dah berani buka buka peti ais rumah orang.
Free food – Mak aku pesan, kenduri ni free food, jangan f1ght untuk dapatkan free food. Apa yang dihidang itulah yang kita makan, kalau tuan rumah suruh tapau barulah tapau. Ikut rezeki la tu dapat banyak mana. Walau rumah sed4ra kita sendiri.
Kadang-kadang tu kita datang kenduri takdelah lewat sangat pukul 1 masa makan tangahari lauk dah takde. Jadinya kita tak payahlah nak bising – bising, makan apa yang ada jelah, kan? Banyaklah lagi nak cerita tapi nanti panjang sangat, korang sambung la sendiri eh. Hehehe. – Afifah Z