Kerap kali kita mendengar kisah wujudnya percintaan terlarang di tempat kerja antara suami orang dan juga isteri orang.
Kini ia terlalu dilazimi dan seakannya tidak takut akan dosa dan juga larangan agama apabila kerap terlanjur dengan rakan sejawat yang bukan muhrim.
Perlu diingatkan, bergaullah andai ada keperluan sahaja dan tidak melebihi batas batas antara rakan sejawat kerana kelak ia akan menjerat diri sendiri.
Kisah wanita ini bakal memberikan pengajaran kepada mana mana wanita yang bermimpi untuk berkahwin dengan suami orang dimana ia tidak selalunya berakhir dengan kebahagiaan.
Seorang kawan bertanya siapa lebih utamakan ibu bapa atau kekasih. Saya tak jawab, sebab saya sedar jawapan saya beri tidak akan memenuhi kehendaknya. Dia tahu saya pentingkan kekasih. Dan dia berusaha halang saya kahwin suami orang.
Dua tahun lamanya dia pujuk saya supaya fikir sebelum buat keputvsan kahwin suami orang. Nasihatnya kalau saya kahwin suami orang bermakna saya jer4t hidup saya sendiri, tapi sapa peduli, ketika hati dan jiwa raga sudah tebal dengan kasih sayang orang yang amat kita sayangi.
Hidup kita sentiasa dibelai dengan bunga-bunga cinta dan disirami dengan belaian mesra. Sebenarnya saya jatuh cinta dengan Farid sejak mula masuk bekerja. Farid banyak bantu dan menunjuk ajar saya bekerja. Bukan orang lain tak mahu ajar, tetapi Farid yang cepat datang beri bantuan, bila dah selalu sangat dibantu, tentulah kami jadi sahabat baik selain menghorm4ti senior.
Entah macam mana saya boleh jadi bodoh, cepat percaya dan akhirnya jatuh cinta dengan Farid. Tetapi bukan saya yang memulakan. Farid yang sering memujuk saya. Sebagai gadis yang belum ada teman lelaki, pujukkan Farid cepat menyentuh hati saya, tetapi teman sebilik kak Zana, walaupun bukan sama tempat kerja dengan saya, dia sentiasa mengingati saya jangan cepat jatuh cinta dengan suami orang.
Walaupun saya tak beritahu siapa Farid. Tetapi kak Zana macam tau-tau sahaja saya sedang bercinta, saya duga mesti dia dapat info dari teman sepejabat saya, kerana kami bekerja dalam bangunan yang sama. Dua tahun berlalu hubungan kami sem4kin akrab, saya galakkan Farid masuk meminang, dia minta tangguh.
Saya tahu dia sudah kahwin. Tetapi entah mengapa saya jadi bodoh tetap mencintainya. Memang bodoh. Bila saya beritahu emak dan ayah saya hendak kahwin dengan Farid, ayah kepada 3 orang anak, emak melenting.
Mereka tak izinkan, nasihat mereka hidup saya akan lebih tersiksa, sedangkan sejak saya sudah 4 tahun bekerja, hidup saya mewah, boleh beli kereta dan merancang nak beli rumah dengan bantuan emak ayah. Nasihat emak, cari orang lain asalkan bukan suami orang.
Tetapi emak tidak tahu perasaan cinta saya sudah mendalam. Dan emak macam tahu – tahu rahsia hati saya hendak nikah ke Siam. Dan emak ayah tak izinkan. Pujuk Farid demi cinta suci kami, elok segera nikah ke Siam, senang tak banyak cerita katanya.
Lepas nikah takkan emak ayah nak marah, atau bvnvh anak sendiri. Betul juga. Takkan emak sanggup hilang anak sendiri kerana nikah kat Siam? Farid berjanji akan terus jaga hati dan perasaan saya walaupun dia sudah berkeluarga.
Benar Farid memang mencintai saya. Tetapi mintanya dia tak boleh selalu bermalam di rumah saya, demi menjaga keharmonian keluarganya. Dan sepanjang 2 tahun jugalah saya tak beritahu emak dan ayah saya dah kahwin, hinggalah satu hari saya terfikir sampai bila saya mesti sorokkan perkahwinan saya, dan sampai bila saya tak boleh ada anak sendiri”?
Akhirnya saya minta izin Farid ingin mempunyai anak sendiri. Tentu Farid tak setuju. Katanya hidup kami cukup aman damai sekarang jadi mengapa hendak menyulitkan keadaan? Dia tak mahu isterinya tahu dan dia tak mahu saya ada anak sendiri.
Berbulan-bulan lamanya saya memujuk, tetapi hampa, tetapi naluri saya ingin ada anak sendiri begitu kuat. Nak jadikan saya sengaja tak makan ubat, dan sah beberapa bulan kemudian saya hamil. Sukanya tak terkira bila doctor mengesahkan saya hamil.
Dua bulan lamanya saya sembunyikan dari Farid, tetapi dia tersadar dan meneka benarkah saya hamil. Saya mengaku. Saya sangka tentu Farid gembira, tetapi saya kena marah dan dakwanya saya sengaja nak memer4ngkap dia. Per4ngkap apa? Bukankah kami sudah nikah, walaupun nikah di Siam.
Kak Zana lagi terk3jut. Dia nasihatkan saya daftarkan perkahwinan di negeri ini segera, sebelum melahirkan, sebab siapa bapak anak ini hendak didaftarkan. Saya panik! Terasa saya ditakutkan pulak. Tambah takut bila Farid tak mahu daftarkan perkahwinan kami. Macam mana?
Bila mengandung ni nak balik kampung lagi susah tentu emak ayah bising. Walaupun umur dekat 30 tahun, tetapi kebodohan saya tahap gaban. Semua benda yang bakal terjadi tambah menakutkan saya. Tambah merunsingkan sejak hamil Farid jarang balik. Ini kes parah!
Bila telefon memang jarang dia angkat. Saya tambah gawat. Apa nak jadi. Untung kak Zana ada, satu demi satu dia nasihatkan saya. Mula-mula daftarkan perkahwinan. Sediakan duit denda. Bila dah daftar paling tidah anak ada ayahnya.
Apa pun terjadi di mahkamah Syariah ketika daftarkan perkahwinan kena sabar, sebab itu saja hukvman orang yang buat salah. Lepas tu Kak Zana nasihatkan mesti balik kampung, hadap emak bapak dan ahli keluarga. Kalau ditemb4k dengan senapang gajah’ pun kena sabar, sebab itu dosa melawan nasihat emak ayah.
Benar kata kak Zana, memang hubungan kami sem4kin tegang. Kalau dia balik rumah pun sebulan sekali, bukan dua hari sekali seperti dulu. Saya memang marah dengan Farid, tetapi dia pun takut dengan isterinya, bukan seperti janjinya pada saya sebelum kahwin dulu, kata Farid, kalau isterinya bantah, dia akan ceraikan isterinya.
Sekarang janji tinggal janji, saya yang terp4ksa hidup sendiri. Tambah tersiksa bila terp4ksa melahirkan anak sendirian di hospital. Nasib kak Zana ada. Kalau tidak entah apa akan jadi! Benar kata kak Zana bukan senang berkongsi suami, kalau saya sanggup hidup sendirian silakan, tapi jangan menyesal kemudian hari.
Namun doa saya tetap supaya Farid berubah. Rupanya memang payah. Dia bukan sahaja tak balik, nafkah pun tak bagi. Ketika itu baru saya sedar benar nasihat emak, kalau tak kahwin bukan bermakna dunia nak kiamat.
Memang jodoh urusan Allah, tetapi kita sebagai manusia diberikan akal untuk berfikir. Lelaki Melayu belum sampai taraf ilmu dan pemikiran mereka sama seperti orang Arab di Mekah umpamanya, memang mereka beristeri ramai.
Tetapi kaum lelakinya bertanggungjawab beri nafkah dan menjaga anak-anak yang menjadi w4ris mereka. Kebanyakan lelaki Melayu nama aja agama Islam mereka hanya suka berkahwin ramai, tetapi mereka tak mahu bertanggung jawab, lebih malang mereka lebih suka sembunyi isteri keduanya dari pengetahuan isteri pertama.
Mereka tidak mahu tahu apa lagi jengok anak yang jadi w4risnya. Begitu juga ibu bapa mertua mereka tak mahu ambil tahu nafkah cucu-cucu yang menantu yang bukan pilihannya. Kecuali apabila anak-anak yang dinafikan hak ini berjaya dalam pelajaran dan bekerja, barulah si ayah tadi dan datok neneknya mengaku itulah anak mereka, itulah w4risnya.
Tetapi tidak pernah kesal kerana mereka tidak beri nafkah untuk cucu-cucunya sejak kecil. Lebih memalukan ada ayah yang tak bertanggungjawab ini sanggup beri syarat kalau anak perempuannya hendak nikah, si anak mesti beri mereka duit baru dia akan nikahkan.
Kata kak Zana dia bawakan cerita-cerita ini bukan nak takutkan saya, tetapi ini kenyataan yang saya terp4ksa lalui sepanjang hidup bersendirian membesarkan anak ini. Kata kak Zana lagi bukan saya seorang menghadapi masalah seperti ini, malah ramai gadis-gadis yang tertipu percayakan pujukan suami orang untuk berkahwin, akhirya mend3rita.
Tetapi hati ini entah kenapa masih bodoh tetap sayangkan Farid dan berharap dia akan kembali kepada saya, kerana anak saya adalah w4risnya yang sah. Tetapi emak dan ayah tetap dengan keputusannya suruh saya minta cerai, kerana tak guna tunggu lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Belajar hidup sendiri, kalau semasa gadis boleh mengapa sekarang tidak boleh. Kata emak mungkin hidup saya lebih berjaya lagi. Yang penting kerja keras, salutkan diri dengan kemewahan, beli kereta, beli rumah dan berusaha sambung belajar, mungkin kehidupan dan masa depan saya lebih cerah lagi. Yang penting usaha.
Kata emak lagi, jangan berg4ntung hidup dan mengharapkan belas kasihan orang, bergerak atas usaha sendiri, jika kita mahu berjaya. Betul juga, tetapi emak tak mahu tolong jaga anak saya, dia suruh jaga sendiri, belajar dari kesusahan.
Kata emak kalau saya tak belajar dari kesusahan hidup, saya senang-senang nak kahwin lagi. Aduh susahnya! Terang-terang emak tak mahu saya kahwin lagi, tetapi silap saya dah beritahu Farid, ada orang nak lamar saya, sebab itu saya minta cerai.
Kata Farid dia tak akan daftar pernikahan kami supaya kami tidak bercerai. Dan dia tak mahu saya kahwin lagi. Apa hal? Kini hidup saya lagi tambah gawat. Malangnya Farid tak mahu ceraikan saya, inilah yang merunsingkan fikiran.
Memang saya boleh jaga anak tetapi saya perlukan suami untuk bantu saya.
Baca juga: “Selalu hilang berdua time gathering family, sekarang suami aku dah jadi abang ipar aku”