Sebagai seorang anak, pastilah ada kasih sayang di dalam hati untuk kedua ibu bapa yang telah tua dan uzur.
Itu juga adalah antara sebab sebagai seorang anak untuk menjenguk dan menziarahi kedua ibu bapa nun jauh di kampung halaman.
Menggembirakan hati kedua orang tua juga ada disebut di dalam hadis.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata; terdapat seorang laki-laki yang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata; aku datang membaiah engkau untuk berhijrah, dan aku telah meninggalkan kedua orang tua ku dalam keadaan menangis. Kemudian baginda bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan buatlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis!” (HR Abu Daud: 2166) Status: Hadis Sahih
Wanita ini berkongsi kisah yang telah dilaluinya kira kira puluhan tahun lalu ketika menjaga sepasang orang tua yang dibuang oleh anak anaknya.
Hai, Nama aku Joy. Hari ini aku nak berkongsi cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam kisah ini, bukanlah aku anak derh4ka itu, bukan juga keluarga aku yang terlibat. Tapi kisah ni dekat betul dengan hati aku.
Aku dan keluarga aku duduk di kawasan kampung dan jiran sebelah rumah aku adalah sepasang suami isteri yang sudah tua dan aku anggap tak ubah seperti kedua ibu bapa aku. Aku mengenali pasangan suami isteri ini sejak aku kecil malah aku berteman dengan anak-anak mereka.
Aku namakan isterinya sebagai Embah dan suaminya sebagai Wak. Tahun ni, Embah dan berusia 76 tahun, dan Wak 84 tahun. Embah dan Wak ada enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat orang perempuan. Kesemuanya telahpun berkahwin dan telah dikurniakan anak. Jadi ini pengenalan yang ringkas tentang Embah, Wak dan anak-anaknya.
Wak waktu muda adalah seorang tukang atau buruh buat rumah. Kalau ada orang panggil maka adalah rezekinya untuk haritu. Embah pula akan membantu Wak dengan menjual kuih muih yang diletakkan di kedai runcit.
Sedap semuanya dan ramai orang suka lagi lagi karipap Embah. Mungkin sebab Wak dan Embah ni jenis yang jujur maka Allah permudahkan setiap urusan keluarga mereka. Anak-anak Wak dan Embah ni semuanya pandai dan hebat. Kalah aku ni yang kerja biasa-biasa saja.
Jadi disebabkan mereka ni semua dah berjaya maka semua pun berpindah ke kota. Yang perempuan bila kahwin kena lah ikut suami. Yang lelaki takkan mahu tinggal di kampung. Maka rumah yang dahulunya meriah, kini sunyi sepi dengan hembusan tua. Meriah sikit bila raya, itupun tak lama.
Jadinya, keluarga aku lah yang hari-hari datang menjenguk Wak dan Embah. Hari-hari juga aku hantarkan lauk, aku juga yang membawa mereka berdua pergi temujanji di klinik kesihatan. Aku juga yang kemaskan rumah mereka.
Wak dan Embah ada peny4kit k3ncing manis dan Embah extra sikit sebab ada asma. Tahu kan, orang yang ada k3ncing manis ni memang cepat penat, tambah – tambah Embah yang ada asma, manalah larat nak mengemas rumah.
Waktu kerja, ibu aku akan datang memantau Wak dan Embah sebab pernah sekali tu Wak kena hip0 sebab kurang gula. Nasib baiklah waktu tu, adik aku datang nak hantar lauk tengah hari. Lepas peristiwa tu, memang 2/3 jam sekali kami bergilir-gilir pergi menjenguk.
Pernah aku berbincang dengan anak-anaknya untuk ambil pembantu rumah atau upah jururawat peribadi sebab mereka mampu. Semuanya gaji besar, kalau kumpul sikit seorang takkan lah tak mampu? Bukan sebab aku penat, tapi sebab aku nak tengok mana tanggungjawab mereka sebagai anak.
Tapi mereka iyakan saja lepastu sampai kesudah sepi macam tu je. Dalam setahun hanya hari raya saja mereka balik tu pun satu hari je. Tengah hari sampai, esok awal pagi tu dah nak balik. Baik anak menantu, cucu sama je semua.
Pernah sekali waktu mereka balik, aku datang rumah Wak untuk pulangkan barang yang aku pinjam. Masa aku datang, aku masuk dalam tengok Embah tengah cuci pinggan menimbun dalam sinki. Rumah bersepah tak terurus. Embah masa tu dah mengah sebab berdiri lama.
Aku punya lah hangin sikit lagi aku nak meng4muk tapi Embah tahan aku kata tak apa jangan marah nanti mereka tak nak balik dah. Bergenang air mata aku tengok Embah yang cakap pun tercungap – cungap. Masa tu menantu sulung perempuan dia lalu dan dia boleh buat bodo je.
Kalau bukan sebab aku hormatkan Embah dah lama aku senggong kepala dia dalam sinki tu. Bukan tu je, mereka balik langsung tak bercakap dengan mak ayah. Hanya sembang sesama adik beradik. Bergelak tawa tapi mak ayah duduk hujung je dengar.
Aku ni dari rumah tengok sedih tau. Cucu cucu dia habis jah4namkan barang rumah dan ada sekali tu jatuhkan radio lama Wak. Boleh guna lagi dan menjadi radio kesayangan Wak. Tiap malam dia akan pasang radio sebelum tidur.
Bila nak balik tak ada pun hulur duit belanja ke apa. Balik kosong macam tu je. Banyak lagi yang aku nampak tapi ibu tak bagi aku masuk campur. Pernah sekali tu aku tegurlah tentang keadaan rumah mak ayah mereka tiap kali mereka balik pada anak ketiga dia.
Anak perempuan sebab kami sebaya dan kalian tahu dia cakap apa, “kau tu orang luar, jangan masuk campur urusan keluarga aku. Ni kitorang balik pun dah patutnya bersyukur.” Masa aku dengar tu, ewah – ewah kalau bukan aku yang jaga mak ayah kau, siapa lagi nak jaga? Iblis? Sy4itan? Jiin ke nak jaga? Syukur apanya kalau balik pun setahun sekali.
Wujud ya orang jenis muka tak malu macam ni. Lepas kejadian tu aku memang dah malas nak berbunyi lagi. Dipendekkan cerita, tiga tahun macam tu mereka dah tak balik. Embah dengan Wak setiap hari telefon tapi tak ada seorang pun yang jawab.
Raya tahun pertama tu sedih gila sebab Embah masak macam-macam makanan kesukaan anak-anak dia. Lama mereka berdua tunggu depan pintu sampai malam. Aku sampai p4ksa mereka makan. Embah menangis teresak – esak sambil jamah makanan.
Memang terus menghilang. Aku cuba call tapi tak dapat, mesej dekat fb seen tapi tak balas. Aku dah macam sc4mmer sp4m mesej kat fb tapi satu pun tak ada yang balas. Last sekali, aku naik bas pergi rumah anak lelaki yang sulung. Alamat tu Embah yang kasi.
Bila aku sampai aku tekan loceng, orang lain yang keluar dan katanya dah duduk situ lebih 10 tahun. Sah! Dia sengaja bagi alamat yang salah. Dalam bas nak balik tu macam-macam alasan aku fikir nak bagitahu apa. Bila dah sampai tu aku cuma kata rumah tiada orang.
Tak lama lepas tu, aku nampak anak beranak dia post kat fb pergi bercuti dekat luar negara. Bila aku komen, dia delete. Masatu hati aku dah h4ncur luluh. Semua adik beradik dia ada lengkap. Yang tak ada cuma mak ayah.
Aku tunjuk dekat ibu dengan abah aku. Ibu aku menangis sambil cakap jangan bagitahu Wak dan Embah. Masa tu lah aku tahu, Wak dan Embah dan dibuang oleh anak mereka sendiri. Dalam enam orang anak, tak ada satu pun yang boleh diharapkan.
Setiap hari tanpa jemu Embah menunggu di depan pintu dan aku lah saksinya. Macam mana lah boleh tergamak buat macam tu sedangkan kau tahu mak ayah kau susah payah cari duit besarkan kalian. Sikit pun mereka tak harapkan wang ringgit. Cukup sekadar kau datang menziarah sudah pun memadai.
Aku tahu Wak juga sedih cuma dia sedang berlakon kuat depan isterinya. Aku pun ambil cuti dalam empat hari macam tu dan bawa Wak dan Embah makan angin. Baru aku nampak senyuman di wajah tua itu. Aku tahu semua yang aku buat ni tak dapat mengubat duka yang sedang berd4rah tapi mungkin boleh mengalihkan rasa s4kit yang dilalui walaupun cuma sebentar.
Waktu silih berganti, dan rutin Embah masih sama sehingga satu hari aku dan keluarga aku dengar bunyi dentuman kuat datang dari rumah Wak. Aku dan keluarga aku berlari sepantas kilat tanpa sempat memakai selipar pun.
Bila kami sampai Wak menjerit depan muka Embah. Itu kali pertama aku nampak Wak marah. Abah aku cuba menenangkan Wak dan aku nampak air mata mengalir di pipi Wak. Air mata tua yang memberi seribu satu maksud.
Embah di sisi yang lain sudah berder4i dengan lautan air mata. Rupanya Wak minta Embah untuk lupakan anak-anak mereka. Wak menjerit “mereka dah buang kita, kita ni orang tua busuk dan miskin. Sudahlah! Bangun dari berharap. Tunggu m4ti lagi bagus daripada tunggu anak-anak kau,” aku bila dengar ni tersentak hati.
Memang terngiang-ngiang dan sampai sekarang tragedi tu kekal segar dalam ingatan aku. Tak lama lepas tu, Wak kena strok dan lumpuh separuh badan. Kata Dr, tekanan d4rah terlalu tinggi. Mungkin tertekan kerana teringat anak- anaknya.
Wak minta maaf pada aku sebab dia rasa dia susahkan aku. Dia suruh aku hantar dia pergi rumah orang tua – tua. Aku cakap aku boleh jaga. Wak aku dah anggap macam ayah aku. Susah nak faham apa yang Wak cakap sebab mulutnya dah herot.
Memang aku tiap malam tidur di rumah Wak dan Embah. Dan siang waktu aku bekerja, ibu yang akan uruskan makan pakai Wak. Dua bulan lepas tu, Wak meninggal dunia. Korang tahu, malam sebelum meninggal tu, Wak kata dia teringin nak makan pengat pisang waktu tu dah pukul 10 malam.
Kedai semua dah tutup tapi aku ni kerah lah abah aku suruh pergi kebun ambil pisang dengan kelapa. Lepas dah siap tu, aku suap Wak makan masa tu Embah dah tidur. Wak pesan dekat aku dia minta maaf tapi untuk kalini dia minta aku jagakan Embah.
Dia rasa dia dah tak lama, dia minta maaf sebab dia terp4ksa serahkan tanggungjawab dia jaga Embah dekat aku. Dia minta aku halalkan makan minum pakai dia. Aku masa tu dah menangis macam orang gila. Aku nampak mata dia sayu je dan air mata dia mengalir laju.
Aku kesat air mata Wak sambil cakap aku terima amanah Wak. Sepanjang malam tu aku tak tidur, aku duduk sebelah Wak, adik aku teman Embah tidur. Tepat pukul 5 pagi aku nampak Wak tercungap – cungap. Aku berlari balik rumah sambil menangis k3jut abah.
Abah ucap kalimah syahadah tepi telinga Wak, aku dah memang tak boleh fikir apa-apa. Embah pula menangis sambil genggam tangan Wak. Lepastu Wak hembuskan nafas terakhir. Aku rasa terpana walaupun Wak dah bagi amaran pada aku yang masa dia dah tak lama tapi dia kata, mungkin dia sempat makan nasi lemak yang aku patutnya masak lepas subuh nanti.
Urusan pengebuumian semua diuruskan oleh abah dan Allah mudahkan segala- galanya. Wak pergi dalam keadaan tersenyum dan mukanya nampak bersih sangat. Lepas Wak meninggal, Embah jadi senyap membisu. Sepatah aku tanya, sepatahlah dia jawab.
Aku risau dan sekali lagi aku cuba hubungi anak-anaknya. Kalau bukan sebab Embah memang aku takkan hubungi. Tapi memang tak ada balasan daripada pihak mereka. Takkan aku nak buat laporan polis. Atas dasar apa pula.
Keadaan Embah makin teruk. Badan dia makin susut dan aku bawa jumpa doktor. Doktor ada refer untuk jumpa pakar psiki4tri sebab ada simptom kemurungan. Tapi Embah tak nak sebab dia kata dia tak gila. Susah aku nak jelaskan pada Embah berkenaan bidang psiki4tri ni bukan hanya untuk orang gila. Faktor usia juga mempengaruhi.
Hari demi hari berlalu. Setahun lepas Wak meninggal, Embah macam mula meracau dan dia sudah mula lupa. Walaupun baru lepas makan, Embah akan kata dia tak makan lagi. Sekali lagi aku bawa Embah ke hospital dan Dr sahkan embah ada dim3ntia atau orang kita panggil nyanyuk.
Dugaan demi dugaan. Aku menangis teresak – esak bila dapat tahu. Dan kalian nak tahu Embah panggil aku apa? Hajar – nama anak perempuan bongsu dia. Dia panggil sambil tersenyum kerana ingat aku anak dia. Maka setiap harilah aku menjadi Hajar.
Sejak Embah menjadi nyanyuk, dia tidak boleh renggang dengan aku. Ke mana- mana nak bersama. Bahkan tidur saja nak berpelukan tak nak lepas. Bila aku pergi kerja, Embah tak akan makan sehingga aku balik. Puas dipujuk ibu masih tidak mahu.
Akhirnya, setelah berbincang dengan abah, aku berhenti kerja. Aku duduk di rumah hanya buat kuih dan dihantar ke kedai. Lebih mudah untuk aku pantau Embah. Dan ketika itu, Embah hanya tersenyum dan ketawa tiap kali melihat muka aku.
Sampai terkadang aku terfikir adakah ini hikmah dari Allah untuk merawat luka di hati Embah? Kalau kalian tanya aku, aku pun tak ada jawapan. Bukan mudah nak jaga orang tua yang sudah nyanyuk. Macam-macam ragam dan pengorbanan yang aku buat adalah masa aku. Aku tinggalkan dunia aku untuk amanah ini.
Kadang-kadang aku datang bersih kubvr Wak sambil meluahkan isi hati. Penat? Sangat penat tapi penat yang berbaloi lepas tengok Embah tidur lena, penat siang tadi tu pun hilang. Aku tatap wajah tua tu, aku terkenang zaman kanak- kanak aku.
Wanita ini dahulunya terlalu gagah sehingga aku merasakan tidak pantas dia dapat pengakhiran begini. Tapi siapalah kita nak menentukan takdir Tuhan. Aku pasti inilah yang terbaik. Waktu ni juga aku diuji, pertunangan aku putus kerana si lelaki tidak sanggup memikul beban aku.
Dia menganggapnya sebagai beban sedangkan aku memandangnya sebagai rahmat dari Tuhan. Nantilah aku cerita, kalau ada yang nak dengar. Ibu dan abahlah penguat dan banyak sangat jasanya pada aku. Setahun setengah aku jaga Embah, lepastu Embah dipulangkan kepada Penciptanya.
Malam pemergian Embah tu sayu sama ketika perginya Wak. Kalau dulu Wak minta aku masakkan pengat pisang, kini Embah minta aku dan dia duduk di depan pintu rumah. Dia baring atas riba aku sambil aku mengelus lembut rambutnya.
Ibu, abah serta adik beradik aku juga ada duduk di belakang. Aku panggilkan semua sebab aku rasa lain macam masa tu. Ketika itu embah minta aku nyanyikan lagu kegemaran dia. Itulah sayang. Memang tiap malam aku akan nyanyikan lagu tu sambil tepuk untuk bagi Embah tidur.
Apa yang aku tak tahu, itu kali terakhir aku akan nyanyikan lagu tu untuk Embah. Suara aku tersekat – sekat menahan nangis. Ibu dengan adik-adik aku dah banjir dekat belakang. Embah pegang erat tangan aku sambil senyum melihat luar rumah.
Tiga kali aku nyanyi dan aku dapat rasa genggaman tangan Embah terlepas. Embah tercungap – cungap dan masa tu lah abah bisikkan kalimah syahadah. Embah meninggal sambil menatap mata aku. Sekali lagi aku hilang insan yang aku sayangi.
Embah meninggal dunia di tempat yang satu ketika dulu dia menanti kepulangan
anak-anaknya. Urusan pengebuumian Embah juga dipermudahkan dan Embah
dikebuumikan bersebelahan kubvr Wak. Wak… Joy dah jaga Embah sehabis baik
dan dia telah dikembalikan kepada Tuhannya.
Semoga Wak dan Embah bersatu di sana dan hanya yang indah untuk Wak dan Embah. Rehatlah sepuas – puasnya. Wak dan Embah sudahpun letih mengharungi liku-liku dunia. Cerita ni sudah 10 tahun lepas berlalu. Aku menulis ni sebab aku baru pulang dari membersihkan kubvr arw4h Wak dan Embah.
Walaupun dah 10 tahun, terasa macam baru lagi semuanya berlaku. Aku sebenarnya rindu pada Wak dan Embah. Oh ya, 2/3 tahun lepas pemergian Wak dan Embah, Hajar anaknya pulang. Masa tu aku sedang bekerja. Ibu maklumkan pada aku.
Ibu juga menunjukkan kubvr Wak dan Embah. Hajar tu tak terk3jut atau menangis pun. Ibu kata seperti tiada penyesalan. Kalau lah dia tahu bagaimana keadaan ibu dan ayahnya ketika dijemput ilahi. Tapi, kalaupun mereka tahu, ada perbezaan ke?
Tanpa segan silu dia minta Ibu serahkan kunci rumah milik orang tuanya dan tak lama lepas tu rumah itu dijual. Maka lenyaplah segala memori aku di situ. Hanya mampu merenung dari jauh. Aku berdoa supaya anak-anak Wak dan Embah tidak akan rasa apa yang Wak dan Embah rasa bila tua nanti.
Semoga anak-anak mereka akan menjaga mereka sehingga ke nafas yang terakhir. Aku akhiri kisah aku di sini dan semoga cerita ini menjadi ikhtibar kepada kalian. Mungkin balasannya bukan di sini tapi macam mana nak lari di sana kelak? Semuanya pasti dihitung tanpa terlepas.
Maaf cerita ni agak panjang. Apa jadi dengan anak-anak mereka sekarang? Masih bahagia dan utuh sesama adik beradik. Ada ya manusia macam ni. Apa yang kalian tengok dalam drama tu memang berlaku dalam realiti.
Jaga mak ayah kita sebaik mungkin kerana reda Tuhan terletak pada reda ibu bapa. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal sepanjang hayat. Assalamualaikum.. – Joy (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Antara buah paling mahal di dunia, strawberi ini berharga RM1,592 sebiji