Mendorong anak menjadi yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan adalah perkara yang kerap dilakukan oleh mana mana ibu bapa.
Menyokong serta memberi dorongan pasti menaikkan semangat anak untuk terus berjaya mencapai cita-cita.
Namun ada kalanya perkara tersebut memberi tekanan kepada anak-anak yang beranggapan ibu bapa memberi ‘benchmark’ yang perlu mereka ikuti.
Kisah ini memberi pengajaran kepada ibu bapa yang kerap mendesak anak anak supaya mengikut apa sahaja kemahuan mereka tanpa memikirkan kesannya dikemudian hari.
Maaf jika penulisan aku caca marba. Mungkin ini kali pertama aku tulis karangan dalam Bahasa Melayu sejak tahun 2014 sebab menetap di UK. Aku harap korang ambil teladan dan didiklah anak sebaiknya.
Aku seorang anak felda dari 4 adik beradik. Aku lahir dalam keluarga yang pentingkan status dan pandangan masyarakat. Jadinya markah exam kena tip top. Kena kerja bagus, kena nampak kaya. Mak ayah jadikan hadiah sebagai umpan untuk dapat keputvsan periksa yang bagus.
Hasilnya, kami adik beradik ada yang menjadi, ada yang pura-pura menjadi. Yang pasti, semuanya materialistic. Baru-baru ini aku tonton siri Malcolm in The Middle. Jalan cerita siri ini berfokus kepada kehidupan adik-beradik zaman sekolah.
Terkenang aku kepada memori samar – samar sebulan sebelum masuk darjah satu. Aku dan kawan-kawan main basikal, lepak tepi parit. Bahagia sangat.. Makan ubi kayu cicah gula dan kelapa waktu musim hujan. Ada seorang kawan lebih dewasa bagi amaran yang ini ialah cuti terakhir aku.
Dah masuk sekolah nanti akan jarang cuti dan akan penat. Petang dah tak boleh main sebab banyak kerja sekolah. Waktu tu aku tak faham apa yang dimaksudkan. Sekarang aku sedar betapa betulnya dia bila dijengah balik kehidupan aku.
Sejak darjah satu, aku dip4ksa masuk macam-macam acara dari sukan ke pertandingan pidato. Jarang rehat. Bila darjah 6 kena push untuk dapat semua A. Kena pergi sekolah agama, kena masuk kelas tuisyen. Aku kayuh basikal setiap hari tak kira panas atau hujan, termasuklah waktu bulan puasa.
Malu orang tengok kalau tak puasa penuh. Jadinya aku gighkan jugak sampai demam dan s4kit badan. Mak aku cakap, kalau tak belajar pandai nanti hidup susah. Jatuh maru4h. Hidup kena jadi kaya. Tengok jiran sebelah, anak dia bawak kereta BMW.
Selain itu, mak aku jugak hanya bagi hadiah bila aku menang pertandingan atau dapat markah elok. Hari jadi jarang sangat sambut. Rasa macam hanya disayangi bila aku penuhkan expectation dia. Ada sekali mak janji kepada aku dan abang yang dia akan beli jam di pasar malam kalau dapat keputvsan elok.
Aku pun pulun sehabis baik. Aku dapat keputusan yang dia nak tapi abang aku gagal. Mak beli jam hanya untuk aku seorang. Abang ditinggalkan dekat rumah. Aku rasa sedih sangat tengok abang nangis. Aku tak pakai pun jam tu nak jaga hati abang.
Abang aku jadi tak rapat dengan aku sebab cemburu. Rezeki (atau istidraj mungkin) Tuhan bagi, aku dapat semua A UPSR, layak untuk masuk sekolah asrama penuh. Aku seronok sangat sebab ingat dah tak perlu berpenat kayuh basikal.
Dah tak perlu pergi kelas tuisyen semua. Jangkaan aku salah. Hidup aku kena sentiasa mengejar A berderet sampai lah aku berjaya ke luar negara. Aku dan abang m4kin renggang. Jarang bercakap. Bila aku di luar negara untuk sambung belajar, aku jadi burnt out.
Aku gunakan kebebasan untuk tentukan hidup sendiri. Aku dah tak belajar 24 jam. Entah macam mana hidup berpaksikan material ni tertanam dalam otak aku walaupun aku benci cara mak didik aku dan adik beradik.
Selepas universiti, aku bekerja di syarik4t antarabangsa di London. Dulu, aku sentiasa mengejar barangan berjenama demi status. Memang tak pernah rasa cukup. Nafsu nak membeli kononnya self reward membuak – buak.
Adik beradik aku pulak jenis berdengki sesama sendiri. Abang dan kakak menipu tentang hasil perniagaan. Lagak kaya. Menunjuk resit membeli belah demi nak tunjuk kaya selari dengan expectation mak. Dih1na kalau hanya menyewa.
Mak pulak macam tak sayang kalau anak hidup susah. Memang kena umpat kononnya tak dengar cakap dia. Dia puji melambung kalau balik beli barang dapur penuh bakul untuk dia. Barang dapur sampai busuk expired sebab banyak sangat.
Ye la nak bercerita dekat jiran-jiran. Ala-ala mami jarum. Menantu pulak kena la lawyer, magistrate, dato, datin, pengarah pejabat kerajaan. Demi nak wang hantaran paling tinggi di kampung. Kassim Selamat pemain muzik jalanan tak dipandang.
Aku ada baca penulisan Oliver James. Aku quote, “where childhood love is conditional on performance – mum or dad only show affection if you are a winner – distress follows. Such children learn to look outwards for self definition… and they should use wealth and possession to define their status.” Ayat ini ialah ringkasan kepada kehidupan aku.
Zaman kanak-kanak aku tergadai demi mengejar “hidup senang” dan material. Walhal kebahagiaan bukan datang dari kebendaan. Mungkin tr4uma hidup susah di felda membuatkan keluarga aku lupa tentang pentingnya kasih sayang sesama adik beradik.
Tapi alhamdulillah aku diberi kesed4ran. Tak sangka aku jumpa Tuhan di bumi kafir. Sejak bergaul dengan ramai orang tempatan dekat UK ni, aku belajar yang hidup ini bukan tentang berapa banyak material yang kita kumpul, tetapi tentang pengalaman yang kita timba dan silaturrahim yang kita bina.
Kawan-kawan tempatan aku bukanlah jenis menunjuk barang jenama. Orang UK memang takkan tanya gaji berapa. Jiran takkan bandingkan anak-anak walaupun anak dia kerja bank, lawyer atau magistrate. Orang tempatan di bandar London jugak tak guna kereta walaupun gaji 6 angka melainkan sudah ada anak.
Pengangkutan tempatan memang memadai. Jadinya, tiada tekanan untuk buat loan demi nak menunjuk kereta mewah bila keluar university. Di tempat kerja, tak perlu untuk panggil nama boss dengan title seperti Dr, sir dan sebagainya.
Boss saya antara peguam yang terkenal, pernah dijemput untuk bercakap di House of Lord (seperti dewan negara), tapi suka dipanggil nama gelaran biasa. Hidup aku sekarang rasa lebih tenang. Indahnya hidup bersederhana dan merendah diri.
Tak perlu lagi bandingkan pencapaian diri dengan orang sekeliling. Sebaliknya kami raikan kawan-kawan. Aku fokus kepada menimba pengalaman, melancong, meluangkan masa dengan keluarga kecil aku. Alhamdulilah, gaji aku diguna untuk bersedekah dan aku lebih banyak beribadah.
Almari aku yang penuh Gucci, Louis Vuitton, Hermes, loro piana tak membahagiakan aku. Aku sedekah semuanya. Aku doakan semoga pembaca tidak terpengaruh dengan MLM influencer tiktok menunjuk kekayaan. Bahagia kerana benda hanya sementara. Kau takkan rasa cukup.
Tak salah untuk mengumpul wang untuk hari tua, beli rumah yang selesa. Tapi belajarlah rasa bersyukur dengan apa seadanya.
Surah Ibrahim Ayat 7, “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab Ku amatlah keras”. – Mako (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Gila! Curi 35 kilogram makanan buffet hotel, pelancong Rusia ini ditahan