Percakapan dan perbuatan terhadap anak sendiri pasti akan sentiasa diingat oleh mereka kerana bagi anak anak, ibu bapalah permata hati mereka.
Kerana itu sebagai ibu bapa, kita seharusnya menjaga percakapan dan perbuatan supaya anak-anak tidak mengikut jejak langkah yang tidak baik.
Wanita ini menceritakan kisah benar dimana ibu kandung sering melayannya dengan teruk dan menuduhnya berbuat maksiat dan menggatal dengan ayah kandung sendiri.
Hai. Assalamualaikum. Aku nak karang cerita aku bukan pandai, jadi aku tulis ikut aku je la. Harap korang faham. Aku dilahirkan dalam keluarga susah. Ayah aku kerja dengan orang. Pendapatan tak besar kecik je untuk tampung kami sekeluarga.
Mak aku pula tak kerja jadi suri rumah sepenuh masa. Ayah aku jenis yang bagi dia tugas dia hanya cuma cari duit je. Cukup atau tak dia tak ambik hal. Semua hal rumah, hal anak anak semua serah kat mak aku bulat – bulat.
Masak – masak, hal dapur mak aku yang urus. Setiap hari ayah aku akan beli ikan beberapa ekor pastu sayur satu ik4t, bagi mak aku masak tanpa ambil tahu apa yang ada apa yang tak cukup kat dapur tu. Yang dia tahu masa dia nak makan, semua dah terhidang.
Kalau tak sedap dia akan bising. Kalau tak sedap pun bukan apa sebab tak cukup bahan. Kadang-kadang bawang takde. Kadang-kadang itu tak cukup, ini tak cukup. Tapi ayah aku tak pernah fikir. Balik kerja petang ayah aku terus lepak dekat kedai makan dengan kawan-kawan dia.
Lepas maghrib nanti dia pergi lepak lagi. Hal rumah tak pernah ambik tau. Tak pernah ambik tau hal kami 8 beradik. Aku anak tengah dari 8 beradik, dalam 8 adik beradik, akulah yang selalu jadi m4ngsa pilih kasih mak aku.
Jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu. Aku ceritakan kisah bermula masa kecil. Masa sekolah rendah. Mak aku asyik suruh aku je yang buat kerja rumah kakak dengan adik – adik yang lain tak pernah satu kali pon disuruhnya.
Pinggan yang diorang makan pun main tinggal je, 10 orang makan semua pakat tinggal tak basuh. Jadi aku lah yang basuh semua. Belum termasuk periuk, cawan bertimbun – timbun. Semua aku buat sorang, takde sape pun tolong dari makan pagi ke makan malam.
Masa cuti sekolah aku kena kemas rumah, kena sapu laman rumah yang tak bersapu tu. Tunggu aku cuti baru disuruh aku buat. Kakak adik – adik aku tidur bangun lambat pastu terus sarapan. Yang aku kena kemas dulu, sapu sampah baru dapat makan.
Kadang-kadang tu makan habis aku tak dapat makan. Bila aku bangun lambat aku kena simbah air dengan mak aku. Habis baju tilam basah. Perkara berlalu sampai ke sekolah menengah. Lagi teruk aku kena, baju sekolah adik – adik, aku yang kena basuhkan. Kasut sekolah semua aku kena basuh.
Diorang tak pernah buat apa pon. Semua aku kena buatkan. Iron baju semua. Baju diorang dah la banyak sampai setiap sorang 5 ke 6 helai. Aku ada 2 helai je baju. Tiap kali balik sekolah aku makan nasi pastu aku kena basuh pinggan yang penuh kat sinki.
Mak aku kumpul semuanya sampai aku balik untuk aku basuh. Aku dilayan macam orang gaji. Bab kain baju, aku basuh sendiri kain baju aku. Rumah aku pakai tangan je sebab kami takde mesin basuh. Baju diorang semua mak aku basuh dan aku kena tolong sekali basuh.
Pastu aku jemur angkat pastu aku juga kena lipat semuanya. Baju dalam keluarga besar banyak dah macam gunung. Semua aku buat sorang, diorang tau tarik je bila nak pakai. Masa nak ambil baju diorang main tarik je habis semua selerak, terbukak balik.
Mak aku tak pernah sekali marah diorang, dia suruh aku lipat bilik kemas balik semua yang jatuh selerak. Mak aku suka m4ki aku. Anak derh4ka, anak s3tan, bodohlah apa lah. Tangan apa lagi. Hari-hari ye, setiap hari aku merasa tangan dia. Salah atau tak mesti kena jugak.
Ada pada satu hari tu mak tengah basuh baju dalam bilik air. Baju banyak sangat sebab mak aku suka tangguh tangguh kerja. Dia tak semena – mena keluar dalam bilik air pastu b4ntainya aku padahal aku bukan lepak, aku tengah lipat baju masa tu.
Pastu dia masuk bilik air sambung kerja dia. Tak dan berapa minit dia keluar lagi b4ntai aku lagi. Pastu berapa minit dia keluar senyap – senyap dia ingat aku tengah tengok tv. Padahal aku tengah lipat baju. Tak puas hati dia b4ntai aku lagi. Aku tak tau yang dia tak puas hati kenapa.
Ada satu hari tu dia saja ejek – ejek aku, marah – marah aku pastu dibalingnya kasut. Banyak pasang kasut dia baling kat aku tapi yang kena dua ke tiga je. Aku tak berani elak nanti dia lagi marah. Bila aku g4duh dengan adik – adik aku dia akan terus salahkan aku.
Akulah yang akan kena padahal adik – adik aku yang mulakan. Bila keputusan peperiksaan keluar aku tak dapat keputusan yang bagus sebab aku bodoh. Dia marah terus naik kaki tangan dia ke badan aku. Aku tak tau kenapa aku tak sepandai kakak dan adik – adik aku.
Aku dah cuba aku tak boleh pergi. Bila aku pernah dapat keputusan tinggi sikit dalam kelas aku. Aku cerita dekat diorang. Terus mak aku cakap, “h4ng tak payah la nak seronok. Dalam kelas h4ng tu semua tak pandai. Dalam tak pandai tu h4ng la yang pandai sikit.” Dia cakap kat aku macam tu.
Aku diam je tak berani jawab tapi dalam hati s4kit sangat. Dia selalu puji kakak, adik – adik aku pandai. Tak cukup dengan tu duit belanja sekolah aku simpan. Aku sanggup tak makan sebab nak kumpul duit. Aku simpan dalam tabung.
Tapi tabung tu mak aku ambil. Kadang-kadang bila aku tak menyimpan aku beli coklat ke keropok ke dia terus pukul aku cakap aku tak reti simpan duit. Kalau aku teringin nak makan semua tu aku makan sorok – sorok je.
Kadang-kadang tu teringin nak makan maggi asam laksa aku simpan duit belanja balik dari sekolah aku beli. Pastu mak aku ambil maggie tu. Pernah ayah aku bagi duit belanja petang tu tapi esok duit dah takde dalam beg sebab mak aku ambik. Dah 2 kali jadi camtu.
Aku terp4ksa pinjam duit kawan. Bila mak aku beli bantal baru semua adik beradik aku dapat bantal baru. Aku je tak dapat. Bila kadang-kadang ayah aku ada di rumah kadang kadang tu dia bersembang bergurau dengan kami adik beradik.
Bila ayah aku bersembang sambil gelak – gelak dengan aku mak tak suka dia ejek – ejek aku dia cakap aku mengada – ngada. Mak aku fitnah aku dekat kakak aku. Dia cakap aku hari – hari mengata kakak aku. Demi Allah aku tak pernah buat macam tu.
Hari tu mak sorok tali kasut sekolah aku tapi bila aku dapat jumpa dia marah sangat dia naik kaki kena kat perut. S4kit sangat, tak tau kenapa dia selalu buat macam tu kadang – kadang sorok baju sekolah. Banyak lagi berlaku bendanya tapi tak mampu aku nak cerita semua setiap hari ada je benda jadi dekat aku.
Sekarang zaman dewasa aku. Aku dah kerja aku dah ada gaji sendiri aku banyak tolong adik – adik, aku pon banyak tolong keluarga aku. Tapi per4ngai mak aku tak pernah berubah bila susah minta tolong aku bila senang dia kenakan aku.
Dia dah tak naik tangan dekat aku tapi mulut dia tak habis cakap aku macam – macam h1na aku. Dan paling meny4kitkan aku nak cerita ni dia fitnah aku. Allah sungguh jijik ya. Dia fitnah dia cakap badan aku nampak lain macam buat maksi4t.
Dia fitnah aku buat maksi4t dengan ayah aku. Sebab dia selalu cakap aku gatal dengan ayah sendiri. Sungguh aku tak pernah langgar batas – batas. Tergamak dia cakap macam tu sedangkan dengan lelaki luar pun aku takde perasaan.
Bagi aku mak aku macam tak pernah nak berhenti dari membenci aku. Wallahi apa yang aku cerita tu hanya secebis baru sikit. Tak mampu aku nak ceritakan lagi. Aku rasa dunia aku gelap macam dah takde harapan untuk aku bahagia.
Yelah… dia kan mak aku, apa yang dia cakap, apa yang dia doa allah makbulkan. Aku kadang-kadang persoal kenapa nasib aku macam ni. Adakah tuhan itu adil. Kalau takdir aku macam ni tarik saja nyawa aku. Aku tak nak hidup lagi.
Kadang-kadang banyak kali aku terfikir nak lenyap je dari dunia ni. Aku tahu aku salah tapi aku dah buntu dah tak boleh fikir lagi. Kalau aku tinggalkan keluarga aku, aku takut aku salah. Aku takut nanti aku menyesal. Korang tolong doakan aku. Aku dah takde sesiapa untuk aku berharap, untuk aku bercerita. – Insan (Bukan nama sebenar)