“Mak hidup lagi pun along sanggup kikis duit, sampai 20k duit dia curi semata-mata nak renovate rumah”

Hubungan antara adik-beradik ini adalah antara kenangan yang paling manis apabila kita membesar.

Namun ramai yang mendakwa apabila sudah berkahwin, perangai serta sifat adik beradik pasti akan menjejaskan perhubungan kekeluargaan.

Sebagaimana wanita ini, dia mendakwa alongnya kerap membuli dan meminjam duit uminya kerana mahu renovate rumah serta mencukupkan beberapa kelengkapan kehidupannya walaupun tindakannya itu merosakkan simpanan uminya.

Salam semua. Aku tak tahu nak meluah kat mana. Situasi aku ni, ditelan m4ti emak diluah m4ti bapak. Telan sorang aku str3ss jugak, nak luah nanti jadi g4duh adik beradik. Jadi aku luah sini. Sedikit pengenalan.

Aku anak ketiga dari empat beradik. Aku satu – satunya perempuan dalam adik beradik aku. Aku namakan kat sini abang – abang dan adik aku sebagai Along, Angah dan Adik. Umi aku seorang balu dan sejak kem4tian Abi, Umi duduk dengan aku.

Aku jagakan Umi. Suami aku bekerja sebagai tent3ra yang ada masanya kena pergi operasi berbulan – bulan. Aku ok je duduk dengan Umi. Umi pun selesa duduk dengan aku dan anak – anak aku. Masalah sekarang ni, aku rasa anak – anak lelaki Umi lepaskan segala – galanya kepada aku, terutamanya Along.

Umi tak berapa sihat. Segala urusan jumpa doktor dan ubat aku uruskan. Umi juga tak ada pendapatan. Tapi atas rasa ihsan suami aku bagi Umi RM400 tiap bulan. Segala perbelanjaan makan, minum, perubatan, pakaian, bil aku dan suami uruskan. Apa aku makan, itulah yang Umi makan.

Baju raya warna apa, itulah warna aku belikan untuk Umi juga. Aku surirumah. Ada bisnes tapi bisnes kecilan je dan pendapatan ada masa banyak, ada masa biasa je tapi aku bersyukur seadanya. Suami aku banyak top-up dan membantu.

Aku tak pernah suruh. Cuma suami aku kata, dia nak gaji dia berkat. Tiap bulan dia tak pernah miss bagi duit kepada kedua mentua aku dan Umi. Alhamdulillah, aku dapat suami yang baik. Aku faham Umi bukan tanggungjawab abang – abang aku dan adik aku untuk bagi nafkah.

Keutamaan mestilah kepada isteri dan anak mereka. Tak bagi tak apa. Tapi janganlah bebankan Umi. Aku kesian tengok Umi. Duit suami aku bagi tiap bulan, aku masukkan dalam satu akaun bank Umi ni. Umi tahu berapa jumlah simpanan dia sebab aku akan sentiasa update.

Alhamdulillah. Walaupun pendapatan aku biasa – biasa sahaja aku mampu tanggung perbelanjaan Umi. Duit simpanan umi hampir tak diusik langsung. Macam miracle. Duit tu tak banyak, tapi tak pernah tak cukup. Aku rasa selain aku menumpang rezeki anak – anak, mungkin aku juga menumpang rezeki Umi.

Kehidupan keluarga aku bersama Umi Allah bagi cukup dan selesa. Umi pun bertimbangrasa dan tak pernah minta benda yang bukan – bukan. Aku tau, Umi faham situasi keluarga aku yang cuma suami bekerja. Masalah sekarang ni, Along.

Ada sekali Along tolong keluarkan duit Umi dari ATM. Umi tak pandai guna ATM. Selalu aku yang keluarkan tu pun sangat jaranglah. Selalu waktu raya je sebab Umi nak bagi duit raya kepada cucu – cucu. Kebetulan waktu tu aku tak ada balik rumah mentua.

Jarak rumah aku dan mentua dalam tiga jam perjalanan. Macam aku bagitau, Umi tak berapa sihat. Aku tak yakin nak tinggalkan Umi seorang diri. Jadi, bila ada adik beradik yang nak datang melawat Umi, aku ambil kesempatan tu untuk balik rumah mentua.

Kalau suami kena bertugas, aku balik je dengan anak – anak. Bila duduk dengan Umi, aku faham perasaan orang tua ni. Mereka rindu cucu. Jadi bila ada peluang memang aku balik rumah mentua. Berbalik kisah Along datang tadi.

Aku dah ada tinggalkan duit belanja untuk Umi sepanjang aku tak ada. Umi kata tak cukup dan nak guna duit beli barang keperluan dapur. Along suami isteri dan empat anak dia datang masa tu. Jadi masa Along keluarkan duit Umi, Along nampak baki duit simpanan Umi.

Masa Umi cerita, aku terbayang betapa bersinarnya mata Along nampak baki duit Umi. Umi bagitau aku, Along nak pinjam duit Umi. Nak renovate rumah. Alasannya anak ramai rumah sempit. Umi sebagai ibu, mana sampai hati dan mestilah bagi.

Duit tu Along keluarkan sendiri melalui ATM. Awalnya pinjam RM10k. Esoknya, Along cakap dah contact contractor. Katanya tak cukup nak pinjam RM10k lagi. Total RM20k. Lepas Along pinjam duit Umi, aku sedih tengok baki simpanan duit Umi tinggal ratus – ratus je.

Bukan setahun dua aku bantu Umi kumpulkan duit tu. Tapi iyalah, duit yang suami aku dah bagi Umi jadi hak Umi. Ikutlah Umi nak buat apa nak bagi siapa. Umi bagi Along pun, aku tak de hak nak halang. Tapi aku ada rasa terkilan dengan sikap Along.

Dah bertahun dia pinjam tapi Along tak pernah usaha nak bayar pun. 1sen pun tak pernah bayar. Dekat sed4ra Along cakap beruntung kahwin dengan isteri dia yang ada tanah pusaka. Boleh buat rumah atas tanah sendiri.

Sembang! Sikit pun dia tak cerita Umi yang tolong tambahkan duit. Aku tak tau isteri Along ni tak de common sense ke apa. Umi kata isteri Along tau Along pinjam duit Umi. Umi kata mereka pergi keluarkan duit sama – sama.

Tapi kalau ada sed4ra mara datang rumah Along, isteri Along akan sembang cita – cita dia nak renovate rumah lagi. Nak tambah itu, tambah ini. Kalau aku kat tempat dia, aku segan nak sembang gitu sebab aku sedar kalau tanpa pinjam duit orang, aku tak mampu buat pun.

Aku jadi ralat tau. Umi pernah cakap duit tu nanti dia nak transfer Tabung Haji buat tambah simpanan. Tak sempat transfer, Along dah pinjam dulu. Dah pinjam tak reti bayar pulak. Sejak dah boleh link online banking dengan akaun TH Umi, aku transfer terus duit suami aku bagi masuk TH Umi.

Urusan kemaskini, rayuan haji semua aku uruskan. Jadi tak ada siapa boleh usik duit Umi nak pergi haji. Aku pun ada buat online banking satu akaun bank Umi ni. Situ aku letak duit sikit je untuk Umi nak berbelanja apa – apa waktu aku tak ada.

Aku tak bagitau sesiapa akaun tu ada online banking. Aku jadi tak percaya bila Along atau yang lain ada tolong keluarkan duit dari ATM. Terutamanya Along lah. Aku akan check betul tak jumlah yang dikeluarkan tu. Macam yang aku sangka, bila Along keluarkan dia akan lebihkan RM50-100.

Macam jahat pulak kalau aku cakap Along curi duit Umi, tapi itulah yang Along buat. Aku bagitau Umi apa yang Along buat. Umi kata susah nak tegur takut Along merajuk tak nak jumpa dia dah. Dulu pernah Along merajuk lama.

Puncanya Umi tegur isteri Along suruh tolong aku bertungkus lumus masak seorang. Aku tengah sarat mengandung masa tu. Isteri Along sentap terus ajak Along balik. Sejak tu, aku cari jalan secara halus nak selamatkan duit Umi.

Kalau masa tu aku balik rumah mentua dan Along nak datang jumpa Umi, aku tinggalkan Umi duit untuk belanja cash. Aku belikan barang basah untuk 2 hari.

Kad ATM Umi tu aku bawa. Terp4ksa aku ajar Umi menipu suruh cakap kat Along kalau duit belanja barang dapur tak cukup, suruh Along top up kan sebab Umi lupa letak kad kat mana. Kahkahkah… Tapi sejak tu tau pulak barang basah rumah tu cukup je.

Kalau tak memanjang Along kata tak cukup dan minta beli tambahan. Kadang – kadang sampai beratus duit Umi Along keluarkan. Entah apa barang basah yang dibeli. Aku tak nak tanya Umi sebab kalau tahu nanti aku s4kit hati.

Patut Along yang belikan Umi barang basah sesekali balik. Ini dah Umi pulak yang kena belikan barang untuk Along anak bini nak makan. Haihh.. Tu tak campur lagi rumah aku jadi tongkang pecah dan mainan anak – anak aku ada yang rosak dan hilang bila Along sekeluarga bertandang.

Tak faham aku. Coffee table aku patah, kepala shower tercabut, laci freezer peti sejuk pecah. Cakap lebih karang jadi g4duh. Tapi bila pendam, aku s4kit hati. Angah pulak. Dalam adik beradik aku, Angah ni paling kaya tau. Dia T20.

Sebelum dia kahwin, dia banyak bantu Abi Umi. Tapi aku kesian tengok life dia lepas kahwin. Aku tak faham kenapa lepas kahwin Angah selalu tak cukup duit. Pelik tau. Isteri Angah pun kerja. Duit pada Umi pun Angah dah tak bagi.

Umi pun tak kisah sebab Umi faham lelaki wajib utamakan nafkah isteri. Bukan duit kepada Umi. Tapi aku musykil mana duit Angah pergi sebab diorang tak de anak tau. Lagi tak munasabah, bila Angah tak cukup duit Angah akan pinjam duit aku yang surirumah ni. Haha. Apa dia lupa adik dia tak kerja?

Sabar ajelah. Aku bantu berapa aku mampu je lah. Tapi Angah ni yang bagusnya, apa dia hutang dia bayar. Oklah tu. Lagipun per4ngai aku macam ceti sikit. Lepas tarikh gaji dia, aku akan saiko dia hantar mesej Whatsapp macam ni:

Duit Angah Pinjam 13.12.2022 RM1000

Januari: -RM200

Februari: -RM100

Mac: -RM100

April: -RM100

Mei: -RM100

Baki: RM400

Tang baki tu aku bold kan. Dah per4ngai ahl0ng tak bertauliah dah aku ni. Tapi mesej saiko ni laku kepada Angah je. Aku buat kat Along tak jalan ye. Setahun aku syok sendiri hantar mesej gitu. Along buat tak tahu je.

Dibuatnya mesej aku macam lagu Hakim Rusli; terg4ntung sepi. Hati kau keras, Along. Herm.. Adik, anak lelaki yang paling bertimbang rasa dalam adik beradik aku walaupun dia paling muda. Dalam adik beradik aku, Adik ni gaji yang paling rendah compare dengan Along dan Angah.

Tapi, Adik tak pernah miss bagi Umi duit belanja tiap bulan. Tak banyak, RM50 tapi aku tengok Umi happy sangat. Aku rasa, sebab Umi happy macam tu hidup Adik berkat tau. Adik pakai kereta lama, tapi kereta dia behave tak pernah meragam.

Kereta Along paling aku tak faham. Setahun 3-4 kali meragam dan kos untuk tiap kali repair tu ribu – ribu. Mungkinlah sparepart mahal kut sebab Along bukan pakai kereta nasional macam Adik dan aku. Bila jadi gitu, dia minta bantuan Umi.

Nak pinjam duit Umi. Dia punya sembang pinjam tu tau dah duit Umi tu bakal pergi tak kembali je lah nanti. Total entah berapa ribu dah Along ‘pinjam’ untuk repair kereta. Cuma sejak aku dah transfer direct duit untuk Umi dekat TH ni, umi dah tak dapat bagi banyak kat Along.

Ye lah. Baki duit dalam tu dah tak banyak. Paling banyak aku akan tinggalkan RM200 je. Tu pun pernah Along keluarkan sampai tinggal sen – sen. Nak tuduh Along ni nyanyuk macam tak layak sebab umur belum 50 pun lagi.

Tapi dia lupa ke yang Umi ni tak kerja. Tak ada pendapatan. Tapi Along buat Umi ni macam kerja cop duit untuk dia sekeluarga. Along rasa duit Umi dalam akaun tu datang dari mana agaknya? Tu duit aku dan Adik yang bagi. Takkan bunian yang bagi kut.

Along lupa ke aku ni surirumah. Adik tu gaji separuh dari gaji dia. Mungkin Along hilang ingatan.. Aku jadi macam watak jahat dekat sini. Tapi niat aku kat sini aku nak selamatkan duit Umi. Lagipun aku kenal Along. Aku tau awal – awal tu kereta Along tak rosak pun.

Tapi sebab asyik tipu Umi kata kereta rosak, jadi makbul agaknya. Sejak 2-3 tahun ni memang rosak betul-betul. Umi pernah merungut Along tak bayar duit Umi. Tapi Umi merungut tu kat aku. Aku suruh Umi cakap kat Along, Umi kata takut Along merajuk. Herm… Entahlah.

Takkan aku pulak nak pergi minta? Nanti mulalah merajuk dengan Umi. Rasa Umi jaja cerita dia kat anak lain. Payah hati tisu ni. Kalah aku yang perempuan. Tahun lepas, isteri Angah cadangkan kitorang buat family day.

Masa bincang tu, Adik macam reluctant sikit. Aku faham situasi kewangan Adik. Tapi aku cakap kat Adik, aku akan cari chalet yang ada banyak choice. Kira ada variasi harga la. Lepas tu, aku akan booking bukan dalam masa terdekat. Jadi ada masa untuk Adik menabung.

Aku jumpa tempat yang sesuai. Macam aku expect… Along booking chalet yang paling besar sekali. Dia kata sebab anak – anak dia ramai. Aku nampak dah masa depan poket aku bakal kelam ni. Aku booking chalet yang kos sederhana sebab untuk keselesaan Umi.

Angah dan Adik booking chalet yang paling murah. Deposit untuk booking, aku dahulukan. Aku cadangkan kos untuk makan kira ikut kepala la supaya adil. Dewasa bayar RM20. Kanak-kanak RM10. Percutian tu 3 hari 2 malam.

Murah kut kos makan tu sebenarnya. Aku tak nak bebankan Adik salah satu sebabnya. Jadi aku cakap kat mereka, baki duit makan tu tak pe lah aku sponsor. Sampai hari aku nak kena collect duit, Angah dan Adik terus transfer duit chalet dan duit makan pada aku. Plan lama. Setahun jadi Adik memang dah prepare dan buat saving siap-siap.

Along? Dia transfer RM100 je. Chalet dia RM300+ satu malam ya. Ok la daripada tak transfer langsung. Masalahnya aku yang kena back up ni. Duit makan dia buat – buat tak ingat je aku rasa. Sampai hari bercuti tu, masing-masing check-in chalet.

Along memang buat tak tahu je baki duit yang dia tak bayar kat aku. Aku sewa ada satu hall ni. Situ tempat makan, masak semua lah. Oh ya, makan sepanjang bercuti tu masak je sebab nak jimat. Aktiviti pun banyak buat area chalet tu je. Kira macam cuti cuti bajet betul ni.

Isteri Along sembang bangga – bangga chalet dia paling besar. Chalet dia paling selesa. Chalet dia dekat dengan parking tak payah jalan jauh. Chalet dia view paling best. Eh, kau… Nak je aku sound balik cakap patut aku yang duduk chalet tu.

Aku yang bayar duit chalet tu. Duit makan pun Along tak bagi. Ipar – ipar aku yang lain layankan je la sembang bini Along. Aku je mendidih hati sorang – sorang. Waktu prepare makanan, Along dan bini Along tidur kut. Chalet dia kan selesa ada aircond. Sedap nak tidur. Chalet Angah dan Adik guna kipas je. Menyirap je aku…

Aku dan isteri Adik prepare bahan masak berdua. Umi tengah rehat. Adik teman anak dia dan anak aku mandi pool. Suami aku tak dapat join sebab dapat panggilan kerja. Entah macam mana isteri Adik terlepas cerita.

Adik ni tak berapa mahir guna Maps / Waze. Sebab rumah Along dan Adik tak jauh, mereka janji gerak sekali. Kira Adik follow Along. Sebab nak balas budi, Adik offer nak belanja makan tengahari masa dalam perjalanan. Mereka singgah satu kedai makan ni.

Adik ambil nasi, ikan masin, sayur sikit dan sambal. Isteri Adik ambil nasi, ayam goreng dan sayur makan kongsi dengan anak Adik. Ada order air sirap satu kongsi tiga beranak. Tapi isteri Adik terkejut tengok Along dan anak – anak.

Along ambil nasi, lauk kari kepala ikan merah, udang celup tepung, air jus tembikai laici. Isteri Along ambil nasi, ayam bakar, sotong celup tepung, kailan ikan masin dan air jus epal. Anak-anak Along tak boleh blah juga.

Semua order chocolate ice blended dengan topping whipping cream sorang satu. 2 orang ambil lauk nasi peha ayam goreng dan udang celup tepung 2 ekor sorang. 2 orang lagi order set western chicken chop. Portion dewasa yang sudahnya makanan budak-budak tu tak habis.

Nak bungkus pun tak kena gaya sebab faham – faham la budak makan macam mana. Total isteri Adik cerita, habis beratus bayar makan tengahari. Nak menangis dia tengok makanan terbazir sebab dia tak biasa bazir makanan.

Adik macam terdiam tengok apa yang diorang ambik, tapi tak terluah pulak nak larang. Dah dia yang janji nak belanja. Aku jadi segan pulak dengan per4ngai Along anak beranak dengar cerita isteri Adik. Haihhh… Ini bukan bagi betis nak peha dah ni.

Dengan badan kepala semua diorang sapu. Isteri Angah keluar dengan Angah pergi Econsave terdekat waktu ni nak beli arang dan ais. Anak – anak Along nak ikut. Jadi Angah biarkan je lah. Tapi balik dari Econsave, isteri Angah pula mengeluh.

Dia cakap bajet nak beli ais dan arang je. Patutnya Rm30 pun tak sampai. Sekali bawak anak-anak Along, beratus habis. Anak-anak Along ambil mainan sorang satu. Isteri Angah suruh kongsi tapi depa tak nak. Dah berg4duh pula dalam Econsave tu.

Sebab segan bising, Angah mengalah je la. Nak ditangan, anak orang. Tapi selain mainan mereka beli jajan, air kotak dan aiskrim juga. Semua ambik masing – masing. Time bayar Angah ingat Along ada bagi duit kat anak – anak dia tapi seposen pun tak de.

Isteri Angah suruh budak-budak tu letak balik barang yang diorang dah ambik tapi semua berkeras tak nak. Angah malas kecoh sudahnya Angah yang kena bayar semua. Aduhaiiii… Belum balik, isteri Along dah tanya next nak pergi mana.

Aku perasan isteri Angah dan isteri Adik diam je. Aku je la jawab entah tak tahu. Ikutkan aku tr4uma nak bercuti bawak keluarga Along sebab aku ni yang kena back up chalet mahal dan kos makan family dia. Aku rasa Angah dan Adik pun tr4uma dengan family Along ni kes makan tengahari dan drama kat Econsave.

Berdasarkan apa yang aku perhatikan jadi dalam keluarga aku ni, aku belajar beberapa perkara. Anak – anak ni hasil didikan kita. Kita kena ajar kalau orang nak belanja, kita jangan ambil atau order lebih dari orang yang nak belanja kita.

Kesian dekat orang yang nak belanja. Anak – anak perlu diajar hidup sederhana. Kalau kita mampu pun, kita tak tahu masa akan datang. Mungkin tak selamanya kita berkemampuan. Beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu.

Kena ajar anak juga bukan semua yang dia nak dia akan dapat. Dalam hidup ni, tak perlu kaya tapi perlu berkat. Ni aku tengok berdasarkan life Adik la. Aku tengok life Adik sangat mudah. Tak banyak masalah. Isteri baik. Anak behave. Rumah kelengkapan cukup. Padahal gaji Adik seribu lebih je sebulan.

Dan aku rasa salah satu cara untuk peroleh keberkatan adalah melalui ibu bapa kita. Sebab macam suami aku, dia tak akan pernah lupa hulur duit pada mentua dan Umi setiap kali lepas gaji. Aku sedar suami aku kena dahulukan nafkah untuk aku dan anak. Tapi, aku juga sedar keberkatan doa dari ibu bapa.

Aku bertolak ansur. Selagi aku dan anak cukup makan dan pakai, aku tak kisah berapa suami aku nak bagi parents dia. Tiap bulan juga aku yang ingatkan suami supaya dia tak lupa hulurkan duit belanja kepada parents dia. Dan alhamdulillah, urusan family aku lancar.

Kereta aku paling kecil dalam adik beradik tapi aku sayang kereta tu. Dia behave dan tak pernah meragam. Tiap bulan mampu bayar lebih dan bakal habis bayar loan 2 tahun lebih awal dari jadual. Kita juga kena ukur baju di badan sendiri.

Belanja ikut kemampuan. Ada hutang wajib usaha bayar. Hutang ni antara penghalang terbesar untuk kita masuk syurga. Tentang Angah. Entah. Misteri tau. Umi pernah juga cakap ke isteri Angah ni kawal duit Angah. Tapi aku bagitau Umi, mungkin Angah ada masalah hutang ke apa yang kita tak tahu.

Mungkin Angah ada plan kumpul duit nak buat rawatan IVF ke sebab dah 11 tahun mereka kahwin dan belum ada rezeki cahaya mata. Aku cakap gitu je lah supaya Umi tak sangka bukan – bukan kepada isteri Angah. Aku suruh Umi doakan yang baik – baik ajelah untuk Angah.

Isteri Angah tu ok je. Baik je. Cuma entahlah, ketara sangat perubahan sikap Angah lepas kahwin. Angah jadi kurang peduli dan kurang ambil berat sejak dah kahwin. Korang rasa Angah ni kenapa ya? Diorang laki bini gaji tetap tau sebab kakitangan kerajaan. Tapi aku pelik tengok asyik tak cukup duit.

Sebab anak kedua kut eh? Memang lah pelik – pelik sikit. Angah ni pun sangat pendiam. Jadi aku tak tau banyak fasal life dia. Dia pun macam tak care sangat fasal orang lain. Dan aku rasa, hutang ni pun mempengaruhi keberkatan hidup kita la. Aku jadi risau dengan hutang Along ni sebenarnya.

Bayangkan kalau Umi tak ada, hutang duit Umi tu dah jadi hak w4ris lain jugak. Terutama sekali Angah dan Adik la sebab diorang lelaki. Aku ni perempuan bahagian aku tak banyak pun. Let say, kalau macam Adik yang ada anak kecik dan Adik pun ditakdirkan dah tak de, hutang tu jadi milik anak adik juga. Karang tak fasal makan harta anak yatim.

Lepas tu kalau Along tak de, nak ke bini Along dan anak – anak dia bayarkan hutang tu? Hah jauh aku fikir ni sebab amount tu agak banyak dan Along tak pernah usaha nak bayar pun. Tu RM20k duit Umi yang aku tau. Lepas tu ada pinjam duit aku jugak, tak bayar.

Duit baki sewa chalet dan makan pun tak bayar. Berapa jumlah ‘pinjam’ duit Umi repair kereta kononnya tu, aku tak tahu. Yang lain-lain lagi? Tapi betullah tu… Nak memberi hutang ni mudah. Nak meminta orang bayar hutang tu punyalah payah.

Pemberi hutang yang malu nak minta. Yang berhutang elok je bermewah sembang kencang sini sana. Aku cuma harap, Allah panjangkan umur aku dan suami aku untuk jaga Umi. Aku rasa, kalau aku tak ada aku cuma boleh harapkan Adik untuk jaga Umi.

Cuma aku kesian sebab Adik ni bukan orang senang. Tapi mana tahu kan, akan datang rezeki keluarga Adik melimpah ruah. Aku doakan kemudahan rezeki untuk dia. Nak harapkan Angah, Angah ni jenis tak ambil berat. Dia telefon Umi pun setahun sekali belum tentu. Selalu Umi yang telefon dia.

Balik jumpa Umi pun setahun tu mungkin 2-3 kali. Dia jadi jarang telefon dan balik ni lepas kahwin. Zaman tu arw4h Abi pun hidup lagi. Pelik kan? Tapi aku doakan Angah sihat sejahtera ajelah. Nak harapkan Along? Aku risau habis duit Umi dapat kat Along anak beranak. Apa yang Along dah buat, Angah dan Adik tak tahu pun.

Aku tak nak Umi sedih kalau adik beradik berg4duh. Aku kenal adik beradik aku. Angah tu nampak je gitu, tapi dia baran. Mahu dia m4ki Along ‘curi’ duit Umi. Adik pulak aku tau sangat sayangkan Umi. Must4hil Adik tak meng4muk kalau tahu apa yang Along buat.

Tambahan pulak, duit yang Adik bagi Umi tu pun termasuk dalam duit yang Along ambil dari ATM tu. Sebab tu aku tak cerita kat Angah dan Adik. Tapi itulah… penat aku simpan sorang tu aku luah sini. Aku tak kata aku lah anak paling baik. Aku je yang boleh jaga Umi. Tak la gitu. Aku ni jahat juga. Degil juga. Ajar Umi menipu pulak tu.

Cuma, entahlah… Kita lebih kenal adik beradik kita. Kita boleh tengok cara layanan pasangan mereka pada ibu bapa kita. Korang doakan aku ye… Semoga aku terus sihat dan rezeki sentiasa mengalir untuk aku jaga Umi. Aku sayang Umi. Umi dan Abi dah terlalu banyak berkorban untuk besarkan kami empat beradik. Aku dah tak sanggup nak tengok Umi berkorban lagi dalam usia sekarang. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Ini antara sebab kenapa rakyat Malaysia wajib boikot konsert Bruno Mars september nanti