Tular di laman sosial twitter seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dibuang oleh ibu kandungnya.
Ia berlaku dipercayai kerana bapa tirinya mengatakan kanak-kanak ini adalah “masalah” dan enggan menjaganya lagi.
Ibu kandungnya juga bertindak meninggalkan kanak-kanak ini di balai polis dan dengan rela hati akan menandatangani apa apa dokumen untuk melepaskan anaknya dari menjadi tanggungan.
Kanak-kanak ini didakwa sering melarikan diri dari rumah namun hanya akan pergi ke rumah gurunya kerana takut serumah bersama bapa tiri.
Ini adalah perkahwinan ketiga ibunya namun ia adalah kali pertama kanak-kanak ini didakwa kerap memberontak.
Menurut posting asal, kanak-kanak ini sedang dalam proses untuk dibawa ke rumah perlindungan kanak kanak TBQ Amal.
Semoga anak ini akan dipermudahkan urusan dan berjaya hendaknya insyallah.
Baca juga: Air sungai berwarna ‘darah’, rupanya wanita pemilik kain batik dalang sebenar