Kenangan waktu kecil boleh memberi impak untuk seseorang sehingga meningkat dewasa. Ada juga yang tidak mampu melupakan apa yang terjadi dalam hidup mereka. Ikuti kisah ini.
Hi semua. Aku datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah, porak peranda. Dari aku kecik, kenangan manis, gembira yang aku ada hanyalah bila mak aku beli kek, masak macam-macam untuk sambut birthday aku. Tapi itu pun sekali aje la yang grand macam tuh.
Aku adalah anak sulung dari 3 orang adik beradik. Mak ayah aku kira orang susah tapi syukurlah ayah aku kerja kerajaan. Jadi ayah aku dapat la tinggal kat kuarters. Yang tinggal kat kuarters tuh pun ada juga adik beradik ayah aku bersama anak pinak diorang which is my cousins la kan.
Kadang-kadang adik beradik mak aku pun ade gak tumpang tinggal. Biasalah orang dulu kan, susah ada yang hidup menumpang. Ayah aku seorang yang panas baran, tak ada sekali pun aku ingat bila dia pernah peIuk aku ke atau cakap yang dia sayang dekat anak-anak dia.
Takde memori gitu, gambar masa aku kecik pun takde berdua dengan dia. Well, potrait sekeluarga lagi la takde, takpe pun sebab dulu-dulu kamera tuh kire mewah la kan. Ada lagi satu perkara yang tak best, ayah aku kaki perempuan! Sangat!
Mak ayah aku pernah gaduh banyak kali depan kitorang, kitorang tuh bukan aku dengan adik-adik aku je ye, depan semua orang yang ada kat rumah tuh la. Macam aku cakap adi rumah kami ni kadang-kadang ramai yang menumpang, maka ramailah yang menonton tanpa mampu berbuat apa.
Of course kami adik beradik penonton tetap kan. Mak ayah aku bukan sekadar gaduh mulut, tapi main campak-campak barang dan paling teruk kaki tangan pun turut naik sekali. Situasi paling teruk yang mana menyebabkan mak ayah aku akhirnya berpisah ialah bila mak aku protes kemudian dia keluar terus dari rumah, malam tu.
Puncanya sama je, ayah aku ada perempuan lain. Imbas semula, malam dalam pukuI 11 macam tu bila mak aku balik je diorang mula la gaduh macam biasa. Yang ada masa kejadian tu aku, adik-adik aku dan atok aku iaitu ayah kepada mak aku.
Keadaan jadi makin panas sampai barang tercampak-campak, kerusi kayu patah sebab mak aku hempuk ayah guna kerusi tuh. Aku tak tahu nak buat apa, cuma mampu jadi penonton.
Aku nampak mak aku masuk dapur ambil bata letak dekat tepi, aku risau aku pergi ambil simpan bata tu kat bawah katil kitorang bagi mengelakkan perkara yang tak diingini. Aku jenguk lagi mak ayah aku, aku nampak tangan ayah aku dah dekat leher mak yang tengah terbaring dekat katil, ayah tumbuk mata mak kiri mak, keluar darah.
Ayah aku pakai cincin batu besar pula tuh. Aku tak ingat apa jadi lepas tuh tapi mak aku terus keluar dari rumah. Ayah aku mungkin terkejut juga bila nampak darah tuh. Aku? Aku cuma mampu diam je. Aku dengan adik-adik aku duduk dekat luar balkoni rumah cari-cari bayang mak aku. Adik aku nangis-nangis, ayah aku pula terduduk dekat kerusi rotan.
Atok aku? Entahlah, aku marah dalam hati kenapa atok aku tak buat apa-apa. Kenapa atok tak tolong mak, anak dia. Sejak dari hari tu la aku dah jarang-jarang nampak mak aku. Mak aku dah tak toleh belakang lagi. Aku marah sangat kat mak aku kenapa tinggal kitorang dekat ayah aku, tapi bila aku dah besar ni aku faham pengorbanan mak aku.
Bukan senang nak besarkan anak-anak. Bermula la kisah kitorang tinggal dengan ayah aku.. Tapi apa-apa mak aku yang lebih banyak kisah dan ambil tahu pasal kitorang. Sebab tu bila dah besar baru aku faham kenapa mak tinggalkan kami dekat ayah. Ayah aku hurmmmm.
Aku tak balik rumah sebab tidur rumah kawan pun dia tak perasan aku tak ada dekat rumah. Kami adik beradik makan tak tentu dekat rumah, memang terbiar sangat. Sampailah aku akhirnya dapat tawaran masuk sekolah asrama.
Aku tanpa ragu-ragu terus setuju je, tinggalkan adik-adik aku. Menangis adik aku masa tuh. Dipendekkan cerita sekarang, aku dengan adik beradik aku semua dah besar. Masing-masing bawa haluan sendiri. Bila dah besar kitorang selalu jumpa dan luangkan masa dengan mak aku.
Tapi tu la, seperti orang asing. Entahlah rapat tapi janggal. Aku sayang mak aku, aku sayang adik aku tapi aku tak boleh nak cakap nak bagitahu diorang pun. Nak peIuk diorang pun aku rasa awkward, jangan kata aku tak cuba ye, penat mencuba sampai ke akhir hayat mak aku.
Ayah aku? Sejak aku masuk sekolah asrama sampai sekarang memang aku tak balik pun. Kalau jumpa boleh je borak macam biasa macam tak ada apa-apa. Tapi bila aku dah ada kerja tetap ni ayah aku asyik sangat nak pinjam duit aku, jadi aku kadang-kadang buat tak tahu je dekat dia.
Aku tak marah ayah aku, tak benci pun. Tapi cukuplah, sebab dia tak pernah kisah, aku pun jadi tak kisah sekarang.. Lagipun dia ada family baru dia. Tapi aku tetap cuba untuk contact dia, masih cuba untuk jadi anak yang baik.
Well, ini cerita aku hampir 30 tahun yang lepas. Sekarang betul la, dengan masa kita mampu mengubati hati. Tapi parut tu tetap ada, kesan dia aku dan adik-adik aku bawa sampai ke hujung nyawa kitorang neh nanti. Jadi, rasanya sampai sini dulu la cerita aku, aku sambung lagi lain kali.
Doakan untuk aku dengan adik-adik aku agar dapat jumpa kebahagiaan hidup kitorang ye. Doakan juga untuk atok dan mak aku yang dah meninggaI dunia. Aku sayang mak, walaupun mak mungkin tak selalu dengar aku ucap perkataan tu. Terasa hilang warna hidup aku bila mak aku dah takde. – Bintang (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Terkini! Lelaki ini kongsi letak handphone atas paha semasa memandu boleh dikenakan saman