Pastinya setiap anak mahu buat yang terbaik kepada ibu bapanya sebagai balasan kerana telah menjaga sedari kecil lagi.
Namun, seringkali anak yang berniat begini pasti diuji dengan kedua ibu bapanya yang mempunyai masalah seperti berat sebelah dan tidak adil kepada anak-anak.
Berlainan pula dengan wanita ini yang diuji dengan mertuanya yang menuduh ibu kandungnya ingin mengurat bapa mertua disebabkan status janda itu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Oya berusia 36 tahun, seorang isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan. Aku baru berkahwin 2 tahun lepas dan Alhamdulillah perkahwinan aku bahagia.
G4duh kecil tu biasa almaklumlah perkahwinan yang masih setahun jagung. Aku seorang anak tunggal yang telah kem4tian ayah sejak aku dalam kandungan 8 bulan. Sejak kem4tian ayah, ibu aku tidak pernah berkahwin lain dan membesarkan aku seorang diri dibantu oleh nenek dan pakcik makcik aku.
Jadi seumur hidup aku memang tiada figura seorang ayah dan Alhamdulillah dikurniakan bapa mentua yang baik. Yang menjadi masalah adalah ibu mertua aku. Sebelum kahwin suami aku bersetuju untuk bawa mak aku duduk sekali kerana risaukan mak aku duduk seorang diri.
Dan suami aku sehingga kini tiada masalah malah kami bahagia membina keluarga kecil kami bersama. Malangnya entah angin monsun apa mak mertua aku cemburu. Bukan cemburukan hubungan mak aku dan suami tetapi cemburukan hubungan mak aku dan bapa mertua aku. Ya cemburukan besannya.
Sewaktu awal perkahwinan kadang kala aku bawa mak untuk datang melawat. Yela kan besan. Bukan selalu pun kadang-kadang bila mak aku nak bagi buah tangan atau masa hari perayaan, datanglah kami ke rumah mereka.
Dan aku perasan ada satu hari mak aku melawat, mak mentua aku macam endah tak endah. Aku bersangka baik dahulu tetapi rupanya memang ada masalah. Suami aku kata mak mentua aku cemburukan mak aku. Dan menuduh mak aku nak bomohkan bapa mentua aku dengan bagi makan buah tembikai.
Silap aku juga la pi lap plastik tembikai tu dengan minyak wangi. Niat nak hilangkan tanda harga ja manalah tahu tengah sedap aku tonyoh ada lubang punya kecil. Habis meresap la minyak wangi tu. Bila mak mentua aku makan dia kata ada rasa wangi.
Dan imaginasi mak mentua aku punya tinggi sampai dia kata asbab makan tembikai bapa mentua aku berubah. Ya Allah. Penat bapa mertua dan suami aku jelaskan tapi mak mertua tak nak terima. Padahal takde apa yang berubah pun.
Nak dijadikan cerita, sewaktu mertua aku datang ke rumah sewa kami untuk melawat cucu, telefon bimbit bapa mertua aku tertinggal di rumah. Dah mak mertua aku tuduh bapa mertua sengaja tinggalkan sebab nanti bolehlah dapat jumpa mak aku lagi.
Padahal suami aku yang hantar balik telefon tu takdenya bapa mertua aku datang ambil. Hal whatsapp lagi satu. Status wasap mak aku tak boleh cakap, hanya whatsapp’. Dan sekali lagi dengan imaginasi mak mertua aku yang sangat tinggi, dia kata mak aku saja buat status macam tu sebab nak hint pada bapa mertua aku bila line clear untuk telefon atau whatsapp. Tepuk dahi aku bila dengar!
Mak mertua aku bagi arahan untuk block nombor mak aku. Untuk makluman mertua aku pakai telefon dan nombor yang sama. Mula-mula aku rasa cerita ni semua cerita bodoh. Walaupun aku buat dunno je memula (dalam hati ada sikit s4kit), aku masih boleh lagak biasa.
Tapi bila ada satu hari mak aku tak dapat call mertua aku untuk bertanya khabar dan memohon doa dari mereka sebab kami nak berjalan jauh, aku triggered. Lagi rasa geram dan s4kit hati bila tengok dp whatsapp kosong.
Apa salah mak aku? Kalau mak aku nak dah lama dia kahwin dulu lagi. Semua imaginasi telah dipatahkan hujah nya tapi mak mentua aku masih menegakkan benang yang basah. Perit jadi ibu tunggal ni. Kubvr dah panggil mari pun masih dipandang serong dan paling pedih oleh satu-satunya besan yang dia ada.
So apa aku buat? Aku block nombor mertua aku. Aku left family group. Aku cakap dengan suami tak nak balik rumah mertua. Sebab aku tahu mulut aku bila marah memang lancang. Sampai bila? Sampai mak mertua aku minta maaf dan berhenti fikir yang bukan – bukan.
Prinsip aku jelas. Jangan kacau mak aku. Mak aku dah letih dan sekarang dia nak tenang – tenang beribadah. Suami aku? Alhamdulillah beliau support aku dan aku juga ingatkan tugas menegur bukan tugas dia. Bapa mertuaku?
Berbuih dah mulut menegur tapi macam mencurah air ke daun keladi. Takde apa yang berubah malahan lagi teruk. Doakan mak aku tak tahu perkara ini dan doa semoga mak mertua aku berhenti fikir yang bukan – bukan. – Oya (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Naluri aku cakap suami aku ada perempuan lain, satu malam aku berdepan aku tanya rupa-rupanya…”