Ibu mertua adalah orang yang patut dihormati dan dikasihi sama seperti ibu dan juga bapa kandung kita.
Walaupun sifat dan perangai mereka berbeza kerana dari keluarga berlainan, ia tidak patut dijadikan sebab untuk memusuhi atau dijadikan alasan untuk bermasam muka.
Wanita ini berkongsi kisah perkahwinannya yang ditakdirkan bertemu titik noktah apabila suami yang dikasihi rupanya seorang anak mak yang kronik.
Mengikut Wiki, a ‘starter marriage’ adalah; ‘a first marriage that lasts five years or less and ends without the couple having any children together’. Perkahwinan yang hanya bertahan selama 5 tahun atau kurang dan pasangan tersebut masih tidak mempunyai anak bersama.
Begitu lah saya punya perkahwinan pertama. Bila terbaca kisah – kisah rumahtangga di sini, tergerak jugak lah hati saya untuk berkongsi pengalaman saya yang pernah berkahwin dengan seorang ‘mommy’s boy’ satu ketika dulu.
Ye, ni kisah lama. Perkahwinan saya cuma dapat bertahan 7 bulan sahaja. Tujuan saya berkongsi ini, moga – moga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran pada golongan muda yang baru nak kahwin atau sedang mengalami krisis dalam rumahtangga. BEWARE OF RED FLAGS. Dan, hati-hati memilih pasangan.
Saya bertemu dengan si Afie (bukan nama sebenar) ni semasa bekerja satu pejabat. Dua – dua bujang lagi waktu tu. Jadi, kisah cinta tipikal, kami saling kenal – mengenal dalam tempoh beberapa bulan tu. Saya pernah cakap taw dekat kawan-kawan saya yang saya nak cari suami yang tak ramai adik beradik. Lagi bagus anak tunggal.
Saya tak suka dengan drama – drama yang akan berlaku dengan ipar duai an sebagainya. Sangat bongkak ayat – ayat saya waktu tu, kan? Tu laa, terlalu muda dan sangat idealistik. Naif. Selepas beberapa bulan berkenalan dengan mamat tu, saya call dan bagitau family niat kami nak kahwin.
Kedua – dua family kami duduk jauh. Nak kena naik flight. Tiket plak mahal. Kami berdua pun baru start kerja dan kami pun sangat jarang dapat jumpa. Duit pun hujung bulan cukup – cukup je, family saya bising. Diorang cakap tak kenal lagi mamat tu macam mana terus nak kahwin?
Saya terus terang cakap kami tak cukup duit nak fly ulang alik banyak kali, sebab baru beberapa tahun bekerja. Nanti, bila masa nak majlis nanti, boleh la kenal. Ambik senang je saya ketika tu. Disebabkan keputusan singkat yang saya ambil tanpa berfikir panjang, saya terp4ksa hadap akibatnya..
Kesalahan 1: Tak kenalkan betul betul mamat ni pada family. Family cuma jumpa dan kenai masa balik kampung untuk majlis kahwin. Saya pun pada masa yang sama, baru bertemu dan berkenalan dengan mak (mommy) dia beberapa bulan sebelum balik kampung untuk majlis perkahwinan.
Mommy dia berada di sebuah negeri nun jauh disuatu tempat dalam Malaysia. Kami bekerja di tengah band4raya KL. Mamat ni takde adik beradik. Anak tunggal. Mommy lama dah bercerai dan si ayah dah kahwin lain. Tak pernah contact sampai dia besar.
Mommy tak kahwin lain dan duduk sorang dalam rumah yang agak besar dan selesa, di kampung. Haa…cool. Takde adik beradik (checked!), ade mak sorang je (checked!). Kononnya takde drama, complicated. Itu yang saya ingatkan tapi saya salah!
Kesalahan 2: Tak mengenali mommynya terlebih dahulu. Dia seorang queen control! Mommy seorang pesar, dulu dia boss, di satu department of a certain GLC. Sebagai seorang ibu tunggal, dia pasti akan protect anak dia, tambah lagi anak tunggal kan.
Sesungguhnya, saya faham bab tu. Tetapi, to OVER protect, to a point of controlling? Semua yang keputvsan penting penting didalam kehidupan anak lelakinya di-‘control’ oleh mommy. Contoh: nak sambung kolej / universiti mana, kursus yang diambik, hatta girlfrend (gf) pun mommy pilihkan (maksud saya, gf Afie sebelum saya, mak dia tak berkenan, sehinggakan diaorang kena putvs hubungan di tengah jalan).
Nak drive kereta dan motosikal pun mak dia tak bagi. Risau eksiden. Korang fikirlah. Dia lelaki 24 tahun waktu tu. Contoh level control mommy dia tu:
Pada satu hari tu, kami bertiga menghadiri satu kenduri kat kampung dia. Ramai sed4ra dan member – member mommy yang turut hadir. Semua mokcik sana mengucapkan tahniah, pengantin baru. Masa duduk orang ramai ramai tu, sorang makcik keypochi ni tanye. “Haa nanti kamu berdua nak anak berapa?”.
Belum sempat saya jawab, mommy yang jawabkan, “Hissshh.. diaorang ni anak sorang je. Tak larat aku nak jaga cucu ramai sangat! Aku tak suka”. Terk3jut saya dia tiba – tiba jawab gitu. Blank sekejap. Seorang makcik lain plak mencelah, “Ishh… kamu ni Jah (nama mommy yang bukan nama sebenar), biar lerr budak budak ni putuskan nak anak berapa pun.”
Mommy jawab balik, “Eh takde takde. Sorang je cukup. Aku yang tentukan”. Eh! Eh! Pulak gitu. Mata ku terkebil – kebil. Lidah jadi kelu.
Kesalahan 3: Princess-syndrome mommy. Semasa berada di kampung saya untuk majlis kenduri kahwin, mommy buat hal jugak. Rumah kami boleh dik4takan agak selesa, besertakan bilik yang banyak. Jadi, keluarga saya tempatkan mommy dibilik tingkat bawah, supaya tak payah dia nak turun naik tangga.
Bilik tu semua dah dikemas dan disiapkan oleh adik-beradik saya. Walaupun pada mulanya, diorang kurang bersetuju untuk saya berkahwin terlalu cepat tanpa keluarga mengenali pasangan lebih dulu, tapi diorang terp4ksa akur jugak lah akhirnya.
Benda baik buat apa nak dipayahkan, saya rasionalkan pada diri sendiri dan family. Bilik kami di tingkat atas juga sudah disiapkan dengan cantik. Bilik pengantin, katakan. Sehari sebelum majlis, ketika rumah tu meriah dengan persiapan, mommy kata dia nak tengok lah bilik kami, bilik pengantin.
Saya bawa lah dia naik atas. Dia jengok, tengok sekelling, belek belek langsir baru dan cakap, “Wow…cantiknya bilik. Kenapa tak letak mommy bilik ni? Kenapa letak mommy di tingkat bawah? Mommy tak penting ke?”
Ber-eh eh laa saya untuk kali kedua. Dalam kepala waktu tu, engko ke aku yang nak kahwin? Dah geram dah ni. Saya cuma mampu beristighfar je pelan pelan nak sabarkan hati. “Apa lagi nanti aku akan hadap. Why! Why!”
Cukup lah disitu saja cerita pasal mommy ni, saya pasti pembaca semua boleh agak macam mana orangnya kalau per4ngai macam tu kan. Banyak lagi contoh level controlling dia, terlalu panjang nak cerita.
Kesalahan 4: Spoil brat and whiny little boy. Kisah bekas suami saya plak, gini. Selepas kahwin, barulah nampak per4ngai sebenar dia…in HD! Sebenarnya, bila dah kahwin, barulah tahu dia ni masih frust tertonggeng dengan mak dia pasal mak dia tak suka gf dia dulu. Jadi, pendek kata, I’m just his rebound girl.
Saya kahwin dengan dia sebab ingatkan dia memang suka saya. Mungkin betul dia suka saya pada mulanya. Dia kahwin dengan saya, sebab nak ‘balas d3ndam’ pada mak dia, dengan cara menceraikan saya selepas kahwin. Saje untuk malukan mak dia.
Balas d3ndam sebab mommy tak setuju dengan bekas kekasih dia yang dulu dan juga, terhadap benda – benda lain yang the controlling-mommy dah buat sepanjang hidup dia. Jadi saya ni m4ngsa di antara konflik dia dengan mommy.
Sepanjang perkahwinan kami yang singkat tu, saya sempat menyaksikan perg4duhan dia dan mak dia, sampai menengking – nengking dan c4mpak – c4mpak barang… piring, periuk… cakaplah apa je yang tak terbang. Sikit punya terok drama anak beranak ni.
Saya memang tak masuk campur kalau dia dan mommy berg4duh. Tapi, peliknya, keesokannya, dia boleh berbaik balik macam takde apa yang berlaku dan boleh pegi shopping, ketawa bersama. Konfius. Apa jenis hubungan ibu dan anak macam ni gayanya?
Kesalahan 5: Big loser all around. Masuk alam perkahwinan, kami duduk sekali dan bulan ke-3 perkahwinan dia dah tunjuk per4ngai. Start buat muka masam, bila balik keje malam malam. Kadang-kadang, langsung tak bercakap.
Takde angin, takde ribut. Bila ditanya, tak menjawab. Kalau bercakap pun, macam nak g4duh. Saya ni pulak jenis bendul tak terpikir apa – apa. Hingga lah satu hari rakan suruh check hp dan stalk dia pegi mana balik rumah lewat malam.
Saya tak suka sebenarnya, buat keje detective begitu. Semacam tak percaya pada pasangan. Well, satu hari saya buat jugak, sebab perasaan ingin tahu tu kuat. Memang sah, dia ada mesej dengan bekas kekasih dia balik. Yang kelakanya, perempuan tu macam tak layan dia lagi, sebab dah ada kekasih baru.
Dia ni pulok macam tak boleh move on, masih berharap dekat perempuan tu. Dan, dia jeles member tu ada kekasih baru. Tentang balik malam malam tu rupanya, dia pegi apartment perempuan tu. Dia skodeng dari luar. Tak boleh masuk sebab perempuan tu ada roommate masa tu. Saya, sebagai Miss Bendul ni ingatkan dia duduk office buat keje.
Rupa rupanya… Saya tahu perkara ni sebab bekas kekasih dia call pada satu hari tu mengadu hal dia ni. Saya tak marah minah tu sebab tau bukan salah dia pun, mamat loser ni yang gatai cari dia balik. sighh. Saya cuma nasihat jangan layan, dan kalau perlu, report polis dan buat perintah larangan.
Saya dah tak kisah dia suami saya ke apa. Salah tetap salah. Perempuan tu siap cakap, “Akak ni baik lah dan seorang yang rasional. Ingat akak melulu nak marah saya ke ape”. Saya jawab, “Bukan sebab saya baik, tapi saya dah buat keputusan yang salah kahwin dengan lelaki tak guna!
Sumbat dia dalam jail pun akak tak kisah.” Saya jawab. Geram banget ketika tu! Setiap hari hari bekas suami saya ni buat per4ngai moody balik rumah, lama – kelamaan saya pun dah tawar hati dan hilang rasa dan hormat pada dia.
Dah lah per4ngai mak dia pun dah buat saya panas hati. Disaat – saat keadaan tengah tegang macam tu antara kami berdua, mommy sibuk nak datang visit pulak. Saya tak ready nak terima kunjungan mak dia disebabkan keadaan kami berdua pun tak ‘stable emotionally’, risaukan emotions can run high antara kami bertiga kalau dah tinggal serumah, walaupun untuk beberapa hari.
Bukan saya tak suka dia berkunjung, tapi masa tu bukan masa yang sesuai untuk datang rumah. Saya pun tengah emosi dengan per4ngai anak dia, anak dia pun tengah em0 asyik nak cari kekasih lama dan mommy pun, well…tau laa per4ngai dia macam mana kan.
Seperti dijangkakan, itu lah yang betul-betul terjadi. Dua orang ni berg4duh, pasal apa saya tak ingat. Tetiba, nama saya sekali yang dikaitkan. Akhirnya, tak tahan, saya naik hangin la dan adegan jerit menjerit pun berlaki. All hell broke loose.
Semua perkara yang terbeku dihati dan hakikatnya saya menjadi ‘pawn’ dalam konflik diaorang berdua anak beranak. Habis semua tersembur keluar. Saya pun tak sangka saya boleh ‘meletup’ begitu. Normalnya, saya jenis yang sabar pendam.
Let’s just say, soon after that incident, everything went downhill. Jadi, adik – adik dan kawan kawan, kami pun bercerai masuk bulan ke-7 perkahwinan, persetujuan kedua dua belah pihak. Kami ambik langkah berpisah. Tipu lah kalau saya kata saya tak nangis ketika ditinggalkan sorang. Bukan nangis sebab cinta kami berakhir tapi nangis sebab sedih diperlakukan begitu. Nak mengadap family saya lagi (rasa bersalah, rasa malu) yang saya telah belakangkan family untuk buat keputusan nak kahwin cepat. Juga, nangis sebab terlalu sangat s4kit hati. Macam disi4t – si4t hati ni rasanya.
Kononnya kahwin anak tunggal ‘No Complication’ la awalnya kan? Memalukan sungguh. Dipendekkan cerita selepas 9 tahun, saya telah ditemukan Allah dengan seorang lelaki yang tersangat baik. Seorang yang sangat bertanggungjawab dalam serba serbi, pandai jaga hati (vice versa), seorang ayah yang lembut dan penyayang pada anak – anak dan paling penting, keluarga sebelah suami yang tersangat – sangat baik.
Hasil dari perkahwinan ke-2 ni, saya dikurnai tiga anak yang comel dan dah besar besar dah sekarang. Tahun ni, dah 14 tahun kami bersama melayari bahtera kebahagiaan. Alhamdulillah. Mungkin, berkat doa saya selama ni yang tak putvs – putvs nak dapat pengganti yang 10 kali lebih baik sebagai teman di dunia dan semoga di akhir4t jua. Allah telah makbulkan doa saya.
Saya percaya setiap apa yang berlaki tu ada sebabnya, takde kebetulan didunia ni. Ada hikmah kenapa saya alami episod tragik kisah dulu tu. Mungkin untuk mematangkan saya atau mungkin, Allah nak instil a sense of humility dalam diri saya. Siapa tahu.
Terima kasih kerana sudi membaca confession saya yang tak seberapa ni sampai habis. Maaf, bahasa pun dah jadi rojak. Harap tak pening baca dah ler… Jadi, pengajaran di sini, benda kahwin ni jangan buat main – main, pilih pasangan yang betul-betul bertanggungjawab, nampak kematangan nya (bukan lelaki je, perempuan sama).
Kenali keluarga bakal pasangan. Jangan main terjah je, macam saya pada masa tu. Nak senang dan cepat. Akhirnya, merana. Pengajaran dalam hidup, orang kata. Akhir sekali, keluarlah dari hubungan yang toksik, bermasalah secepat mungkin, cuba cari jalan penyelesaian dan jangan sesekali putvs harapan.
Hope for a better partner… better future… better life… better relationship with Allah. Jangan terperuk dalam masalah terlalu lama. Ia akan merosakkan mental kita dan akan buat kita kurang keyakinan, akan jatuhkan diri kita sendiri.
Selamat sejahtera buat pembaca semua. Harap dapat lah sekelumit pengajaran dari lembaran kisah hidup saya ni. Wassalam and cheerios. – Tij (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ini rupanya tips beli emas untuk pelaburan, jangan tertipu nanti rugi banyak