Mempunyai mak mertua yang ada perasaan busuk hati dan suka berprasangka buruk kepada anak menantu adalah salah satu ujian dari Allah.
Apa yang perlu kerap dilakukan adalah banyakkan berdoa supaya allah melembutkan hati dan mengubah ibu mertua yang ibaratnya menunggu masa untuk berbau tanah.
Ia kisah benar yang dikongsikan oleh wanita ini yang amat terluka dan banyak bersabar dengan perangai ibu mertua yang terlalu negatif dan kerap kali melukakan perasaan anak anak.
Hi semua, Ingat lagi part 1 mak mertua dari Ner4ka itu Syurga Suamiku? Lama aku ambil masa nak sambung part 2. Mak mertua aku memang psiko teruk dan meny4kitkan hati. Aku dah banyak kali berg4duh dengan suami aku sampai tahap minta cerai sebab aku tak nak dia jadi anak derh4ka, aku nak jaga mental aku dan anak-anak.
Baik suami aku duduk je celah ketiak mak dia yang selalu kata aku ambil anak dia sedangkan kami tak abaikan mak mertua. Setiap kali berg4duh je mesti berpunca daripada mak mertua yang suka berdrama air mata, m4ki hamun dan buat ayat psiko menyiksa mental anak menantu,
Melabel anak derh4ka, syurga di telapak kakinya selain hebat berlakon melaga – lagakan anak menantu. Paling aku tak boleh terima dan terkesan di hati aku, mak mertua meny4kiti anak-anak aku semasa ketiadaan suami aku tapi berlakon baik bila depan suami.
Mak mertua duduk di kerusi, dia sepak anak aku yang tengah tengok tv dekat dengan kerusi, saja – saja kaki tu nak menjalar kacau anak aku. Gurau kasar nampak? Lepas tu suka m4ki dan mencarut. Anak- anak kecil cepat sangat menyerap.
Korang rasa aku tahap nak cilikan mulut anak aku ke nak cilikan je mak mertua aku tu. Tu pun aku sabar lagi. Hadap dengan tabah kononnya. Lepas tu mak mertua buat hal lagi. Banyak. Tapi kali ni aku highlight 3 je.
1. Nak loan kereta guna nama anak tanpa bincang. Aku dalam pantang. Dia ajak laki aku ke klinik, sebab tak sihat. Tiba-tiba ajak singgah kedai kereta. Nak loan kereta atas nama laki aku. Tak bincang, tak apa-apa, tiba-tiba decide terus. Gila kan?
Alasan? Nanti ibu m4ti, ambil la kereta tu kat kau, kau sambung bayar. Macam laki aku tu kaya. Bila laki aku tak turut, dia merajuk cakap laki aku anak derh4ka. Berminggu merajuk. Memang makan sumpah seranah. Dengan aku – aku yang dalam pantang kena hadap.
2. Nak beli gelang emas sebab malu kat menantu. Aku beli emas selepas keluarkan kwsp. Dalam 10k. mak mertua meng4muk sebab laki aku beli untuk aku je. Weiiii. Duit kwsp aku. Bukan laki aku. Mentua aku drama kat adik beradik laki aku minta collect duit beli emas.
Kat ipar – ipar lain dia cakap laki aku nak sponsor 3k, kat laki aku dia cakap la kakak- kakak nak sponsor beberapa ribu sorang. So, dia nak sekian – sekian dari setiap anak. Padahal, dia create je. Tapi adik beradik ni lagi cerdik, checking satu sama lain. Kantoi! No emas! Hahaha.
3. Mak mertua kaki skem anak-anak Suka call tengah-tengah malam menangis – nangis tak sihat tak ada siapa nak bawa ke hospital bagai. Setiap anak pernah kena. Laki aku pernah tinggalkan aku yang terlantar dan tak boleh berjalan (masalah otot masa mengandung) seorang diri dan drive sejauh 30km ke rumah mentua sebab nak bawa ke hospital dah dia cakap anak lain tak jawab call.
Masa sampai, mak mertua tercegat depan pagar ajak lepak mamak. Laki aku bawa, tapi laki aku tak makan sebab beng4ng kena skem. Bila dia cerita kat adik beradik dia, diorang gelakkan je sebab diorang pun pernah kena dengan mak diorang yang lapar perhatian tu.
Laki aku kategori sabar dan hormat mak dia. Dia tak m4ki. Dia tak cakap apa-apa. Lepas melayan mak dia makan, dia balik. Kalau itu yang dapat puaskan hati mak dia, dia terima. Tapi, kali tu je la. Next trick mestilah dah tak percaya.
Okay. Kali ni aku stop sampai point no 3 ni je la. Point no 3 ni memang memberi kesan kepada semua anak. Semua pernah kena skem cara yang sama. Call nangis – nangis s4kit tengah-tengah malam, pernah juga ada anak yang call ambulans sebab lambat nak sampai rumah mak diorang, ambulans sampai depan rumah, dia halau dan m4ki ambulans.
Ada juga masa yang mak mertua cerita tengah-tengah malam, dia pergi sendiri ke kecem4san hospital sebab anak tak peduli, lepas tu doktor nak admit wad sebab d4rah tinggi, tapi dia lari balik. Aku pun tak taulah betul ke tak.
Kerap dia cerita macam tu untuk minta perhatian dan belas kasihan anak-anak supaya risaukan keadaannya, sedangkan selang 2-3 hari mesti ke rumah dia. Dia mesti cakap dah 5 hari tak makan sebab tak lalu, padahal dua hari lepas kami makan sama-sama.
Bukanlah anak-anak abaikan dia atau apa-apa. Dia pun normal dan tak nyanyuk. Cuma suka buat teruk nak bagi orang risau tapi menipu yang kantoi sebab tak pandai cover. Lagi satu, logik ke selang 3-4 hari tiap malam ke kecem4san, doktor entertain d4rah naik sampai 200 lebih lepas tu ada branula tapi boleh lari balik?
Takkan kalau sebulan sampai berkali-kali tak jadi isu? So, susah nak percaya kan? Dan. Nak dijadikan cerita. Suatu malam, jam 2 pagi, dia call laki aku. Suruh datang sekarang juga sebab dia s4kit badan. Sedangkan di rumah mak mertua ada je laki dia (ayah mertua hahaha).
Suami aku baru sampai rumah jam 11 malam dari kursus. Disebabkan baru je tertidur,
suami jadi mamai. Kebetulan, aku kat kampung mak aku dengan anak-anak. Jam 2.30
pagi, mak mertua telefon lagi suami aku. Dia m4ki sebab suami aku tak sampai lagi. Dia
p4ksa suruh datang jugak.
Macam biasa, dasar anak tak guna, suka tengok aku m4mpus sorang-sorang. Dan kata m4kian dah sebati di bibirnya tanpa henti. Tak cukup dengan itu, dia call aku marah- marah macam aku punca suami tak datang. Padahal dia dah tahu kami kat tempat lain- lain. Korang rasa apa perasaan mamai – mamai jawab call terus kena m4ki? Aku tidur je tanpa m4tikan talian. Letak tepi telefon. Tapi tak boleh tidur pun, hati bernanah – nanah. Cerita pasal ayah mertua aku, sejenis tenang, seolah sudah terbiasa dengan karenah mak mertua yang over acting dan suka berpura- pura takkan masuk campur urusan drama mak mertua, melainkan ayah mertua akan terpalit kena m4ki sekali.
Bukan dia takut bini, cuma bini yang tak takut dengan dia. Hahaha. Aku respect ayah mertua aku, sangat penyabar dan selalu pekakkan telinga melayan karenah drama mak mertua dan menghadap segala m4kian saban hari.
Suami aku tr1gger. Jadi str3ss dengan mak dia. Dia wassap panjang-panjang dalam group adik beradik kata dia otw dan cerita segalanya. Apakan daya. Semua orang sedang tidur. Aku jela yang baca dah terjaga dek telinga yang kena panah petir tadi.
Baru aku faham cerita. Tadi macam tak faham kenapa kena marah. Suami aku gagahkan diri bangun, drive ke rumah mak dia. 30km. Jam 3.30pagi. mak mertua aku macam biasa. Duk menangis marah sebab dia lambat. Suami aku lapor dalam group, mak mertua macam normal je tak ada yang serius.
Tapi sebab dia mengadu s4kit badan dan tak boleh bangun (suami duk ingat macam selalu, tak boleh bangun bila depan orang, bila orang balik dia boleh bangun jenguk kat tingkap nampak kelibat dia yang tak boleh bangun tu).
Dia ajak mak mertua bersiap ke kecem4san hospital untuk puaskan hati mak mertua. Mak mertua masih dengan drama m4kiannya (dalam duk s4kit tu boleh marah semua anak terpaling tak guna termasuk laki aku sebab lembab dan lambat sampai).
Ayah mertua dan suami dah ready nak papah mak mertua masuk kereta. Belum sempat nak papah, tiba-tiba mak mertua seolah-olah tarik, kaki tangannya kejang lalu meninggal dunia beberapa minit selepas itu. Tak jadi pergi hospital. Telefon ambulans datang ke rumah untuk sahkan kem4tian.
Berakhirlah riwayat syurga suamiku. Bukanlah aku tak sedih. Sedih. Tapi, dari satu sudut yang mentally tortured dengan mak mertua, aku lega, aku bersyukur Allah lebih menyayanginya dan tentukan yang terbaik untuknya.
Aku selalu doa. Mak mertua aku selalu s4kit – s4kit, sembuhkanlah jika benar kes4kitan itu dan jika itu yang terbaik atau m4tikanlah jika itu yang terbaik dengan apa sahaja drama yang jadi. Semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Nota: Terima kasih atas nasihat, idea dan kecaman dari part I (semasa masih hidup) dan part II (sudah meninggal). Bukan aku tak move on, cuma aku memang terkesan. Sape cakap take it easy, korang kena try duk tempat aku. Moga korang jadikan pengajaran dan tauladan untuk kehidupan masing-masing. – Menantu Perempuan Tunggal (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tawar ais panggang pada musim panas, makanan pelik di China ini buat netizen angkat kening