“Mak selalu sponsor makanan setiap kali aku ada jamuan kat sekolah tapi tiba-tiba mak dah taknak sponsor dah bila aku habis sekolah baru aku tahu apa yang sebenarnya jadi kat mak…”

Bila sudah tiba di penghujung tahun, biasanya setiap sekolah dan kelas akan mengadakan jamuan akhir tahun. Maka ramai la pelajar yang akan membawa juadah masing-masing. Apa yang berlaku kepada mak penulis ini menjadikan maknya agak fobia untuk menderma makanan lagi. Ikuti kisah ini.

Salam semua, aku ada satu benda nak kongsi dah lama tapi aku baru tahu bulan lepas. Jangan risau tak panjang. Mak aku dia ada buka restoran dan ada servis katering. Aku rasa semua familiar kalau hujung tahun mesti akan ada jamuan akhir tahun kan.

Dari aku sekolah rendah setiap kali jamuan akhir tahun mak aku tak pernah missed sumbangkan makanan. Dari nasi ayam, nasi briyani, nasi ambang, nasi tomato, dan macam-macam juadah. Dari darjah 1 sampai aku darjah 6 setiap kali jamuan memang mak aku akan hantar makanan untuk kelas aku.

Tapi masuk tingkatan 1 mak aku dah tak sponsor makanan cuma setakat beli macam jajan ke keropok tu semua dan suruh aku bawa ke sekolah sampai aku habis sekolah mak aku dah stop. Aku mula-mula ingat mungkin sebab kos mahal kot, sebab kelas aku sebelum ni paling sikit 30+ selalu makanan yang mak aku sponsor tu paling kurang RM500 sebab ada air, ayam, daging semua.

Aku pun okaylah jimat kos sebab beli jajan baru berapa tak sampai RM100 pun. Tup tap bulan lepas. Adik aku yang darjah 6 ni ada buat macam jamuan jadi cikgu dia hantar wasap group siapa nak sumbangkan makanan jadi ramai nak sponsor air, jajan tu semua.

Tapi tak ada nak bagi sumbangan makanan berat macam nasi ke mee ke atau ayam. Aku pun tulis dalam tu nama aku sebab rasa macam kesian pula tak banyak sebab yang handle group wasap sekolah adik aku yang pegang. Aku pun tulis nama adik aku.

Esoknya, aku pergi restoran mak aku jumpa Mak Nur, Mak Nur ni kira orang kanan mak aku dah kerja dari aku umur 7 tahun sampai sekarang dah masuk 20-an. Aku pun jumpa Mak Nur cakap, “Mak Nur nanti nak Nasi ambang nak 35 bungkus lepastu lauk dia daging dengan ayam pun 35 bungkus”

Mak Nur pun cakap, “oh ada makan makan ke?” Aku jawab, “aa untuk jamuan kelas Ika (adik aku)” Sekali Mak Nur tiba-tiba tanya aku dah tanya dekat Mak ke belum. Aku jawab belum lagi nanti baru kasitahu mak. Sebab selama ni aku ada je order macam tu bukan pertama kali.

Sekali nampak muka Mak Nur macam risau aku ingat mak aku tak kasi ke apa. Sekali dia cerita dekat aku kisah yang lama aku sendiri pun tak tahu langsung. Mak Nur cerita waktu aku darjah 6 mak aku ada sumbangkan makanan untuk jamuan kelas akhir tahun sekolah aku. Katanya banyak juga.

Sekali lepas habis jamuan waktu petang dalam pukuI 6 mak aku ni dapat call dari cikgu sekolah aku. Dia terkejut takut aku ada apa-apa tapi cikgu aku suruh mak aku datang sekolah. Mak aku pun datang seorang. Sekali sampai sana cikgu kelas aku ni cerita pagi tadi kan mak aku ada sumbangkan makanan dia terima kasih sebab sedap.

Sekali salah sorang dari murid tu iaitu kawan kelas aku dia keracunan makanan. Mak aku terkejut sebab dia cakap makanan dia memang masak pagi tu bahan semua fresh. Mak aku pun dengan cikgu tu pergi rumah budak tu dia baru balik dari dapat rawatan dah ambil ubat semua memang nampak lah muka pucat, ada surat dari doktor.

Mak aku pun bincang sampai 1 jam lebih. Akhirnya sebab tak nak besarkan cerita nanti kalau cerita meluas dapat ke berita orang habis restoran mak aku sebab makanan masak dekat restoran dia. Mak aku pun bayar RM1000.

Dia cakap ini untuk rawatan, dan mak ayah budak tu pun okay setuju. Bila balik tu mak aku suruh cikgu aku tanyakan ada tak budak kelas aku yang lain ada keracunan sekali. Besoknya cikgu aku pun call mak aku dan cakap cuma sorang tu sahaja yang kena keracunan makanan yang lain Alhamdulillah elok. Budak tu pun lepas 2 hari dia pun dah okay.

Selama seminggu tu mak aku dengan cikgu aku feedback ada tak mana-mana murid kelas aku kena keracunan makanan dan tak ada, cuma sorang itu sahaja yang kena. Mak Nur pun cerita mak aku pergi jumpa macam doktor pakar bahagian pemakanan.

Mak aku cerita dari A-Z dan doktor tu cakap kemungkinan besar mak aku ni ‘unlucky’. Mungkin pagi tu sebelum jamuan dia ada makan sesuatu dan benda tu macam react dengan apa makanan yang mak aku kasi dan akhirnya keracunan.

Mak Nur aku cakap panjang lebar mak aku cakap tapi dia tak ingat, cuma yang dia ingat macam tu lah. Sejak haritu mak aku pun cakap dekat Mak Nur dia malas dah nak bagi sumbangan makanan dekat budak sekolah. Bukan kedekut tapi dia takut, nasib baik yang kena tu sorang kalau kena tak bernasib baik kena 2-3 orang dah habis.

Sejak haritu setiap kali ada jamuan mak aku elak bagi sumbangan yang masak dari kedai makan dia. Mak Nur cakap mak aku takut nanti ada budak allergic ke, ada yang masalah pemakanan ke kena pula waktu makan juadah yang mak aku sumbang memang tidak lah tanggung.

Aku bila dengar Mak Nur cerita terus macam patut lah mak aku terus stop. Aku ingat selama ni mak aku berkira sebab kos mahal ke apa tapi rupanya tidak ada cerita dia. Aku pun bila dengar tu cuak juga tapi itulah dah janji dengan cikgu dia. Aku pun tukar belikan marry brown.

Selama ni aku macam tak terfikir sangat benda ni tapi bila fikir balik seram sejuk juga sebab makanan dekat sekolah kita ni selalu main kasi je kadang kita tahu budak ni boleh makan certain benda atau allergic kita mana tahu. Tak hairan lah mak aku takut. Sebab keracunan makanan ni bukan benda boleh buat main, hilang nyawa. – Zam (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Rupanya ini teknik rahsia cara buat fries homemade tapi rasa sedap macam makan kat kedai