Mak siapa ni kerja asyik tapau- Kecoh nak bungkus lauk bawa balik buatkan netizen berang

Mak siapa ni kerja asyik tapau je. Inilah jawapan para netizen terhadap mereka yang hadir ke majlis perkahwinan, cukuplah sekadar makan sahaja tanpa perlu bawa balik lauk ke rumah.

Tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita bertegas mahu membungkus lauk kenduri seawal jam 10.30 pagi sehingga menimbulkan pertikaman lidah bersama pekerja katering.

Menerusi TikTok @wan_takaful, dia menunjukkan seorang tetamu yang meminta bantuan pekerja katering untuk membungkus lauk bagi pihaknya.

Dalam video tersebut, makcik itu berkata dia hanya mahu beberapa jenis lauk untuk dibungkuskan dan dibawa pulang ke rumah.

“Baru pukul 10.30 pagi, yang minta tapau dengan budak katering ni pun tak nak kalah. Bila nak habis budaya tapau lauk kenduri ni,” ujar kapsyen dalam video tersebut.

Bagaimanapun, pekerja katering tersebut menegaskan perkara itu adalah tidak dibenarkan kerana tidak mendapat persetujuan daripada pihak pengurus dan juga tuan rumah.

Video tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya kerana tindakan makcik itu dikatakan tidak beradab memandangkan majlis masih lagi belum bermula.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Rata-rata warga maya juga, mengatakan tindakan itu melampau dan makcik tersebut perlu mengambil tahu tentang hukum membungkus lauk kenduri.

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah menerangkan perkara tersebut di dalam salah satu ceramah agamanya.

Situasi yang ditanya oleh individu kepada UAI dipercayai adalah sama dengan tindakan makcik tersebut, iaitu membungkus makanan kenduri.

Hamba Allah pergi dekat rumah jiran dia buat kenduri, lepas masak dia ratah lauk. Selepas ratah siap bungkus lagi itu buat balik rumah, apakah hukumnya? Tak cukup bagi orang yang datang petang.

Soalan tersebut menekankan tentang tindakan individu yang tidak beradab membungkus makanan kenduri sehingga lauk tidak cukup untuk orang lain.

“Dia pergi rumah orang, dia makang, ratah lauk pula. Boleh atau tidak? Boleh, kalau dibenarkan oleh tuan rumah.

“Kalau tidak dibenarkan, maka jaga baik-baik.

“Kalau kita pergi makan kenduri, sepinggan nasi dan lauk biasa-biasa sahaja. Lebih sedikit, walaupun sedikit pada adat makruh hukumnya. Tapi lebih yang melampau, haram,” jawab UAI.

Perlu diingat, kita bukan satu-satunya tetamu yang dijemput untuk hadir ke majlis, selalunya lauk dibungkus pada akhir majlis itu juga disebabkan permintaan tuan rumah.

Baca juga: Patutlah beras tak ada, rupannya kita terpaksa berebut dengan warga asing