Assalamualaikum. aku kenalkan diri aku sebagai M sahaja. Aku berasal dari Selangor, punyai kerja tetap yang income biasa-biasa sahaja, ada business sendiri dan mempunyai dua orang anak lelaki yang meningkat remaja.
Aku rasa bersalah nak meluahkan tapi sekarang benda-benda macam ni memang merosakkan mental aku. Aku berkahwin atas dasar sayang cinta dan kami disatukan pada awal tahun 2012. Memang dari awal lagi mak aku tak suka akan suami kerana kami nikah tanpa hantaran yang aku minta dari suami.
Majlis pula ditanggung oleh mak ayah, seperti mana permintaan mak ayah kerana katanya menurut islam, pernikahan anak perempuan tu tanggungjawab ibu bapa. Dan mengikut kewangan ibu bapa, mereka di tahap lebih dari mampu untuk membuat majlis kami yang kecil tu.
Dan bermulalah kehidupan kami sebagai suami isteri. Suami bawa aku pindah ke Damansara, memandangkan dia kerja di situ dan aku masih belajar final year. Dan bermulalah episode mak datang buat spot check, datang nak singgah makan etc.
Dalam keadaan kami baru bermula nak hidup dan adik-adik suami ada yang datang menumpang memandangkan waktu tu kami buka perniagaan di Subang dan adik-adik ipar aku merupakan pekerja kami. Setiap hari, lebih kurang 4-5 kali mak akan call aku dan minta aku bercerita pasal rumahtangga aku. Minta aku cerita pasal ipar duai, pasal suami bagi makan apa. Suami tu, suami ni.
Salah aku masa tu sebab terlalu mengikut semua. Sampaikan waktu aku bekerja pun, aku kena jawab call mak dan habiskan masa di tangga belakang office selama sejam untuk dengar apa sahaja mak cerita dan mak punya gossip pasal keluarga mertua.
Keluarga mertua asalnya dari kampung dan kami pulak kononnya dibesarkan di bandar. Jadi pada mak, orang kampung tu ini, orang kampung tu ini… semua tak kena di mata dia. Things get worst bila mak yang dulunya letak harapan tinggi untuk aku berjodohan dengan doctor, engineer, kenalan universiti aku.. tahu suami hanyalah lepasan PMR. suami tak ambil SPM atas beberapa faktor.
Macam-macam cerita yang keluar. aku dibomohkan, mertua bomohkan aku. aku kena minyak dagu etc. Dan suami dipressure dengan test yang bukan-bukan. Ayah kononnya nak pinjam duit suami, ada urgent. melibatkan amount yang banyak. Walhal ayah seorang yang berduit.
Bila aku tanya kenapa buat macam tu, mereka mula mempersoalkan hal aku kahwin tanpa hantaran. Mempersoalkan tentang majlis yang mereka tanggung sebelum ni. Aku tak tahu pihak mana yang aku kena dahuIukan.
Suami jadi makin membenci. Kemarahan dihamburkan kepada aku, segala kata hinaan dia telan tapi aku yang jadi mangsa. Anak-anak selamat lahir, mak bawak aku berubat. Katanya, selalunya selepas dua anak ni aku akan dapat ingatan aku semula, aku akan sedar dari ilmu hitam suami.
Aku dibawak berubat dengan kenalannya. Mandi limau lah, jampi serapah lah.. Macam-macam. Akhirnya, kami berpisah. Suami aku macam orang giIa masa aku mula-mula nak berpisah dengan dia. Melutut, merayu, sembah kaki mak ayah semua. Tapi.. Entah…
Aku masa tu lebih memilih untuk dengar cakap mak yang kononnya aku kena buatan orang, aku makan darah cik Ponti lah ape lah. Macam-macam cerita karut masa tu. Dan sekarang dah hampir 6 tahun kisah tu. Dan bomoh yang kononnya merawat aku tu pun sakit teruk sekarang. Bomoh tu kenalan ibu.
Dan semalam, aku slowtalk dengan bekas suami untuk kami bersama balik.. Memandangkan dia pun belum bernikah baru (serik katanya) dan aku pun belum bernikah baru. Sejujurnya, aku sangat serik nak bernikah. Tapi bekas suami tak mahu, selagi ibu aku masih begitu. Dia serik dihina orang kampung dan macam-macam.
Dua hari lepas, aku ziarah mertua aku.. Mak aku tetap meroyan. Tak habis-habis dalam whatsapp status mengata aku macam-macam. Selama ni, bila ada kelapangan saja, aku akan balik ke kampung mertua dengan anak-anak untuk ziarah mereka senyap-senyap.
Tanpa pengetahuan ibu bapa aku. Tapi sekarang memandangkan anak dah besar, mereka yang beritahu ibu aku ke mana kami pergi. Kenapa ye? Kenapa beliau tak boleh terima yang aku melawat itu atas dasar silaturrahim, atas dasar seorang menantu bawak cucu untuk ziarah nenek. Kenapa perlu dikawal semuanya?
Untuk info, aku masih tinggal bersama ibu bapa aku selepas bercerai dengan bekas suami. Aku dah cuba beberapa kali untuk hidup sendiri tapi tak dibenarkan. Setiap kali aku ingin bernikah baru, juga dihalang. Atas alasan, suami baru akan habiskan duit aku, suami baru akan dera anak-anak aku, suami baru akan halang aku bagi duit pada mereka, suami baru itu suami baru ini.
Untuk info, ibu aku dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah. Di mana beliau dibesarkan oleh mak kandung dan bapa tiri yang mendera beliau. Dan rasa trauma tu sekarang sangat menyusahkan aku. Bila aku nak menyewa luar, dikatakan “lebih baik bagi duit tu pada dia daripada bayar dekat orang lain”.
Dan aku bukan menumpang percuma, lebih 1200 sebulan aku habiskan untuk rumah, bayar kepada ibu bapa. Aku tak tahulah. Aku ni anak derhaka ke kalau lepas ni aku memilih untuk bersama bekas suami semula dan pilih untuk keluar dari rumah ibu bapa?
Adakah aku derhaka bila aku memilih keperluan anak-anak aku yang sudah mulai mempersoalkan kenapa aku dan bekas suami bercerai, aku memilih untuk bersatu balik. Adakah aku ni kategori anak derhaka? Dan kalau lepas ni aku nak limitkan apa sahaja yang ibu minta, aku nak spend untuk anak lebih, adakah aku derhaka? Kenapa ye dia perlu kongkong aku macam ni?
Jarak aku ke office juga hampir sejam sehala.. Juga aku tak dibenarkan untuk berpindah berdekatan dengan office, aku tetap dilarang keluar, dilarang untuk memiliki kehidupan di rumah sendiri. Kena berhimpit dalam bilik sempit di rumah mak ayah bersama anak-anak meningkat remaja.
Bayangkan, anak-anak aku keduanya lelaki. Kami duduk 3 beranak dalam bilik sempit tu. Hanya kerana aku tak dibenarkan keluar dari situ. Aku lelah penat nak telan semua kata-kata, sampai sentiasa berfikir nak tarik nyawa sendiri setiap hari.
Setiap hari aku balik rumah, aku akan fikir aku nak bunuh diri. Bebaskan diri aku dari semua ni.. Jauh dari semua kata-kata yang masuk ke telinga setiap hari. Aku dikatakan sebagai anak derhaka jika keluar. Aku dikatakan sebagai anak yang tak mengenang budi jika keluar.
Waktu bercerai, mereka yang kutip kami anak beranak dan sekarang nak keluar tinggalkan mereka. Aku dikatakan sebagai anak yang taknak menyumbang kepada mak bapak jika keluar dari situ. Dikatakan sebagai anak yang lebih rela bagi duit dekat orang lain daripada duduk di situ dan tolong menyumbang kepada keluarga.
Aku dikatakan sebagai ibu yang gagal bilamana anak-anak aku nakal. Aku dikatakan sebagai anak yang gagal, perempuan yang gagal bila tak dapat nak belikan handbag baru, baju baru dekat mak. Sedangkan adik yang lain mampu beli bagi mak.
Nak handbag baru berapa banyak lagi????? Sekuat mana aku cuba pun, semua nak kata aku gagal. Baik aku mati saja. Sebanyak mana aku labur duit aku setiap hari pada mereka pun, tetap dikatakan anak yang gagal. Baik aku pergi saja kan? Lebih baik aku dan anak-anak tak perlu wujud di dunia ni.
Baca juga: Patutlah mahal sangat, rupanya ini sebab kenapa harga air mineral jenama Evian terlampau mahal