Makan ikan selar tapi harga ikan bawal-Suri rumah terpaksa bayar RM31 sekilogram untuk ikan bawal besar

Kecewa dengan sikap penjual di sebuah pasar raya seorang wanita terpaksa membayar RM26 untuk 849 gram untuk ikan selar yang dibelinya.

Pejual tersebut silap menekan kod harga sehingga menyebabkannya membayar lebih untuk ikan selar yang dibeli, semalam di pasar raya Simpang Renggam.

Pengguna akaun Facebook, Nur Alia yang memuat naik kejadian itu memaklumkan, harga yang berbeza jauh daripada harga sebenar itu hanya disedari apabila sampai di rumahnya.

Katanya, ikan selar yang dibelinya hanya berharga belasan ringgit, namun dia terpaksa membayar harga ikan bawal besar yang berharga RM30.99 sekilogram.

Akibat kesilapan itu, beliau terpaksa membayar sebanyak RM26.03 untuk hanya 840 gram ikan selar.

“Tukang timbang tolong kenal jenis-jenis ikan, saya nak patah balik jauh, jangan buat silap macam ini lagi. Makan ikan selar tapi harga ikan bawal, saya belanja barang dapur banyak tadi, tak sempat nak tengok dan periksa satu-per satu barang sebelum balik,” luahnya.

Menurutnya, ketika membeli ikan di pasar raya berkenaan dia juga ada mendengar kekecohan di meja timbangam mengatakan label harga salah dan tidak menyangka turut menjadi ‘mangsa’.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pembaca menyatakan bahawa sudah ramai yang terkena dengan apa yang berlaku kepada Nur Alia.

Justeru, warganet mengingatkan supaya berhati-hati dengan label barang terutamanya ikan semasa membeli barangan keperluan.

Baca juga: Gara-gara kereta bayi tersekat di eskalator dua keluarga bertekak sebelum bertumbuk