Makan ketam tak ingat dunia, pelancong Jepun ini panggil polis bila bil melambung..siap cakap tak perasan harga lagi!

Terkedu melihat jumlah bil untuk hidangan ketam yang mencapai AS$680 (kira-kira RM3,186), seorang pelancong Jepun memutuskan untuk memanggil polis untuk campur tangan.

Menurut laporan New York Post, Junko Shinba memberitahu pegawai polis bahawa dia dan rakannya tidak diberitahu dengan betul mengenai harga sebenar hidangan makanan tersebut.

Dia memesan hidangan terkenal dari restoran terbabit selepas disyorkan oleh pelayan premis tersebut.

Katanya, pelayan hanya menunjukkan hidangan ketam dengan harga AS$20 (RM94) tanpa menjelaskan bahawa harga tersebut sebenarnya untuk 100 gram (g) hidangan tersebut.

“Kami tidak dimaklumkan berapa jumlah berat ketam itu sebelum dimasak,” katanya.

Wanita berusia 50 tahun itu berkata, mereka diberikan kira-kira 3,500 g hidangan ketam itu dengan harga mencecah AS$680 (kira-kira RM3,186).

“Kami semua buntu apabila mengetahui makan malam untuk empat orang dewasa menelan belanja sebanyak itu,,” katanya.

Dia juga meminta pihak restoran menghubungi pihak polis untuk membantu.

Namun, kakitangan restoran menegaskan tidak mengenakan cas berlebihan bahkan menunjukkan resit yang sama dari pelanggan lain yang memesan hidangan sama.

“Saya turut menghubungi Lembaga Pelancongan Singapura sebelum kes ini dirujuk kepada Persatuan Pengguna Singapura,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Paradise Group mengatakan bahawa pihak mereka bersetuju untuk memberi diskaun kira-kira AS$78 (RM365) kepada pengadu kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.

Baca juga: “Mak cakap badan aku macam lepas buat maksiat, siap tuduh aku gatal dengan ayah sendiri tapi hakikatnya mak..”