Makan modal kalau nak beli baru, ini cara mudah baiki kipas bawah RM10 yang mesra poket

Apabila kipas menjadi perlahan dan tidak lagi memberikan kesan penyejukan yang efektif seperti pada awalnya, pasti kita terfikir untuk membeli baru bukan?

Pengguna twitter @Lutfyhady berkongsi tips untuk membaiki kipas yang sudah tidak lagi berfungsi laju. Modalnya tidak sampai RM10 jadi mari kita baiki bersama:

1. Langkah pertama, buka penutup depan pada sangkar kipas dengan melepaskan atau mengunscrew penutup kepalanya.

2. Langkah kedua, tanggalkan penutup atas yang biasa disebut sebagai telinga kipas. Untuk beberapa jenis kipas, telinga ini dapat dicabut dengan mudah. Namun, ada juga jenis kipas yang memerlukan pembukaan skru di bagian dalamnya.

3. Langkah ketiga, buka penutup motor kipas untuk mengakses kotak hitam yang merupakan capasitor.

4. Langkah keempat, periksa nilai capasitor pada kipas anda. Seperti pada kipas saya, nilai capasitor adalah 1.5 uF (mikrofarad). Anda boleh membeli capasitor dengan nilai tersebut dari kedai perkakas atau peralatan elektrik.

Jika tiada, anda juga boleh memilih capasitor dengan nilai yang lebih rendah, tetapi pastikan ia tidak terlalu rendah. Penting untuk tidak memasang capasitor dengan nilai yang terlalu tinggi, kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada motor kipas dalam jangka masa panjang.

5. Langkah kelima, jika anda malas untuk membuka banyak bahagian, anda boleh memotong capasitor yang sedia ada dan menyambungkannya dengan solder menggunakan timah. Pastikan untuk menggantikan capasitor yang lama dengan yang baru.

6. Langkah keenam, setelah menyambungkan capasitor baru, gunakan tape berwarna hitam untuk melindungi dan mengikat wayar yang telah disolder tadi.

7. Langkah ketujuh, setelah semua selesai, pasang semula skru pada kedudukan asal dan pastikan ia terpasang dengan baik.

Selamat mencuba!

Baca juga: Kerja syif malam tapi nak cari Lailatulqadar? Ikut nasihat ini, moga amalan diterima oleh Allah