Bagi yang kerap melayari media sosial, pasti tahu akan kewujudan donut peach viral yang kini menjadi kegilaan netizen. Dimana mana sahaja ada yang akan memuat naik gambar menunjukkan mereka telah merasai buah viral ini. Di sebalik tularnya buah ini, rupanya tidak semua boleh menjamah donut viral ini seperti tuan empunya video tiktok @sherynaaa02.
Beliau mendakwa selepas 15 minit menjamah buah ini, dia telah mengalami alahan teruk pada badannya dan dikejarkan ke hospital bahagian kecemasan.
Wanita ini juga memaklumkan mengalami sebu dan muntah berkali-kali sebelum diberikan suntikan untuk kembali pulih.
Walaupun dinasihatkan doktor untuk berhenti menggaru, namun wanita ini mengatakan mengalami gatal yang luar biasa hingga tidak mampu mengawal tangannya dari berhenti.
Difahamkan buah tersebut diberikan oleh seorang kenalan dan dia sama sekali tidak menyalahkan rakannya.
“Bila jadi macam ini saya pun tak sangka, nasib baik suami ada, kalau tidak tak tahu macam mana.
Bukan saya tergila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya yang bagi dan saya hanya hargai pemberiannya. Saya pun tidak menyalahkannya.” ulasnya selepas kejadian tersebut.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam menjamah buah ini kerana takut perkara yang sama berlaku lagi.