Makan taugeh setiap hari, suami beri nafkah bulanan RM120 dikecam netizen

Seorang suami di Indonesia tular apabila perkongsiannya di mana isterinya hanya memasak taugeh setiap hari meskipun sudah memberikan wang yang mencukupi.

Lelaki itu mendakwa telah memberikan 4,000 rupiah(RM120) untuk kegunaan isterinya membeli barang dapur secara bulanan.

“Inilah masalah isteri saya. Sebulan saya beri 400,000 rupiah (RM120) untuk belanja makan dengan larangan untuk tidak membeli bedak dan alat solek,” katanya.

Dia mendakwa itu adalah duit untuk membeli lauk serta sayur namun gas dan juga beras akan disediakannya sendiri.

“Masalahnya, isteri saya hanya masak hidangan taugeh bulan ini. Apabila ditegur, saya dimarah kerana wang tidak cukup untuk membeli daging.

“Ibu meminta saya bercerai tetapi susah kerana duit mas kahwin dan kos kenduri yang digunakan cukup banyak,” jelasnya.

Kisah lelaki itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Baca juga: “Aku ajak dia kahwin di Siam, akhirnya aku terima surat terakhir yang buat hidup aku terasa gelap”