Makanan Itali dinobat tersedap di dunia, roti canai dari Malaysia jatuh tempat kedua

Itali dinobatkan sebagai negara yang memiliki makanan paling sedap di dunia, sementara Jepun dan Greece menduduki tempat kedua dan ketiga.

Senarai itu berdasarkan kajian terkini oleh laman pelancongan, Taste Atlas, yang menganalisis ‘rating’ 271,819 hidangan dan 80,863 produk makanan di seluruh dunia untuk tahun 2023/2024.

“Itali dan Jepun mencatat purata markah yang sama tetapi Itali menduduki tempat pertama sekali lagi pada tahun ini kerana mendapat markah tertinggi pada hidangan terbaiknya iaitu piza,” kata Taste Atlas.

Antara negara-negara yang melengkapkan senarai 10 negara yang mempunyai makanan terbaik termasuk Indonesia, Mexico, Perancis, Sepanyol, dan Peru. Malaysia pula berada di tangga ke-31 dalam senarai tersebut.

Berdasarkan senarai ‘ranking’ berasingan yang menumpukan kepada 100 hidangan terbaik di dunia, tempat pertama dimenangi oleh picanha dari Brazil.

Roti canai dari Malaysia menduduki tempat kedua, sementara hidangan ‘phat kaphrao’ tempat ketiga.

Pizza Napoletana dari Itali menduduki tempat keempat, manakala sejenis kuih dumpling Cina, guotie pula ditempat kelima.

Baca juga: Pengacara TV popular dikecam taktahu siang ikan- “Alamatnya tak berasaplah dapur”