Makanan viral punya hal, orang sanggup beratur panjang sampai bergaduh sesama sendiri

Siapa tak pernah makan kunafa lebih-lebih lagi ianya sudah menjadi viral malah terdapat peminat makanan viral yang sanggup bersusah payah beratur panjang demi mendapatkannya.

Kunafa yang pada kali ini ditawarkan julung kalinya di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan pada 7 September sehinggan 9 September lalu.

Di sebalik penawaran hidangan yang unik, siapa sangka sambutan rakyat Kelantan terhadap kunafa begitu luar biasa dan diluar daripada jangkaan malah ada yang bergaduh.

Difahamkan terdapat pihak yang sanggup beratur sejak dari tengah malam semata-mata untuk menjadi pelanggan terawal apabila gerai ini dibuka pada waktu pagi.

Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan ramai orang ramai berkerumun untuk mendapatkan menu Kunafa yang dikatakan menjadi kegilaan ramai orang. Difahamkan Kunafa itu dijual oleh seorang pempengaruh di TikTok.

Dalam satu video yang tular, ia merupakan keratan live mereka yang berada di lokasi kejadian, difahamkan ketika live itu berlangsung, jam menunjukkan pukul 12 malam malah didakwa lokasi tersebut sudah sesak dari jam 7 pagi lagi!

Malah ada yang kata mereka menunggu dari awal pagi hingga sehingga larut malam.

Dalam pada itu, ketika sesi live itu dijalankan, telah berlaku pergaduhan di tempat orang ramai yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan Kunafa itu.

Lebih mengejutkan ramai, barisan yang panjang pada hari awal penjualan telah menimbulkan kekecohan apabila terdapat pengunjung yang gagal mendapatkannya selepas berjam-jam beratur berikutan gerai sudah mencapai waktu untuk ditutup.

Difahamkan antara punca insiden berlaku disebabkan terdapat pihak yang menjadi reseller sanggup membuat pesanan dalam jumlah yang banyak yang sekaligus membuatkan mereka yang beratur terpaksa menunggu lebih lama.

Sehubungan dengan itu, difahamkan gerai yang menjadi tumpuan orang ramai disebabkan penjualan kunafa yang viral ini telah menetapkan pada hari ini di mana setiap seorang pengunjung hanya dibenarkan untuk mendapatkan 2 set sahaja.

Dalam pada itu, jumlah barisan yang panjang telah mengejutkan pelbagai pihak melihatkan kecekalan pengunjung di Kelantan yang sanggup beratur sehingga lebih 12 jam demi mendapatkan sebuah hidangan kunafa.

Baca juga: Mahligai bahagia yang diidamkan, rupanya diseksa ibu akibat tinggal di rumah mentua tanpa rela