Assalamualaikum, mula-mula sekali tujuan saya share cerita di sini sekadar untuk dijadikan pedoman. Rasanya kisah tanah dan harta pusaka ni terlalu biasa jadi duri dalam daging keluarga melayu.
Kisahnya ibu kandung saya sendiri yang dianiaya oleh kakak kandungnya sendiri kerana tanah pusaka keluarga. Kakak ibu saya ni saya panggil dia Makcik Jah la ye, Jah untuk jahat. Dia dalam keluarga memang antara yang paling kaya antara adik beradik, ada rumah besar di kuala lumpur, anak yang kerja pangkat tinggi.
Jadi dalam adik beradik memang disegani dan dijunjung lah kiranya. Ibu saya pula, orangnya jenis adik bongsu manja tahap dewa. Dia memang sikit-sikit kakak-kakak dia, tak cukup kakak sendiri ambik kakak angkat bagai. Dia memang suka meramaikan silaturrahim lah.
Tapi saya perasan ramai sangat dalam keluarga besar saya yang macam tak berapa suka ibu saya. Terutamanya keluarga kakak dia sendiri. Masa kecik saya andaikan kerana perangai ibu saya yang suka havoc, suka memeriahkan suasana. Tapi rupanya kenyataan lebih hitam dari itu.
Selama ini, rahsia mengenai tanah pusaka yang jadi punca keluarga makcik jah bencikan ibu. Sebenarnya sewaktu ibu saya kecil, makcik jah mahu gunakan tanah pusaka untuk membeli tanah lain (tanah pusaka dibahagi dua dengan ibu saya).
Oleh kerana mahu menyenangkan urusan, arwah atuk tidak meletakkan nama ibu saya di dalam geran tanah tetapi berkali-kali mengingatkan makcik jah untuk meletakkan kembali nama ibu saya di dalam geran itu. Bila ditanya bila mahu meletakkan kembali nama, makcik jah hanya suruh ibu saya belajar dan dia akan uruskan hal itu.
Berpuluh tahun kes ini sampai masing-masing dah tua ada anak cucu tetap makcik jah tidak buat seperti yang diamanahkan. Sampailah kami semua dapat tahu, makcik jah dengan berani meletakkan nama anak sendiri di dalam geran itu tanpa menyelesaikan isu nama ibu saya.
Kami semua memang sudah lama redho dan abaikan kes ini sampai lah pakcik saya (abang kepada ibu saya) dapat tahu. Baru lah saya nampak sisi sebenar makcik Jah, betapa selama ini dia memburukkan nama ibu saya supaya semua orang benci ibu saya dan akan membiarkan dia membolot tanah tersebut sendiri.
Makcik Jah boleh buat drama dengan pakcik saya, siap berlakon sakit semata-mata tidak mahu berikan kembali hak ibu saya. Depan mata saya makcik jah dengan suaminya mengarahkan ibu saya menutup mata dan biarkan hal tanah ini kerana fikirkan arwah nenek yang telah meninggaI.
Malah makcik jah sengaja keras hati playing victim dan buat macam ibu saya bersalah. Dia menuduh ibu saya tamak dan busuk hati, sedangkan yang sudah menggunakan geran tanah berpuluh tahun untuk membuat harta dia dan keluarga dia sendiri.
Saya dari pada redho dan pasrah, rasa tak mampu untuk menghalalkan semua yang sepatutnya jadi hak saya yang diambil oleh makcik Jah. Selepas kes mereka play victim, saya mengHARAMkan semua yang sepatutnya jadi milik mak saya, dan lebih parah lagi saya dan adik beradik sebenarnya anak yatim.
Boleh kira mereka makan harta anak yatim Dan baIasan yang mereka dapat boleh dikatakan dasyat juga. Mereka sekeluarga ditimpa masalah bertalu-talu, ada anak yang sakit tak pulih-pulih, ada anak yang masalah suami isteri, makcik jah sendiri sakit dan sukar pulih tapi pada makcik Jah, dia LANGSUNG tidak bersalah.
Baca juga: Jijik dan meloyakan! Kedai mamak kantoi basuh pinggan sekadar celup-celup dalam tong sampah