Makcik kedai tak puas hati lapor pejabat agama, akhirnya kantoi mereka berdua dah kahwin

Akibat kena sidai sejam lebih di kedai makan akhirnya sepasang lelaki dan perempuan ini bertindak meninggalkan kedai itu kemudian beralih ke kedai lain.

Namun bagaimanapun ceritanya tidak habis di situ, kemudian sepasang suami isteri terkejut apabila pintu bilik hotel mereka diketuk pihak jabatan agama Islam sekitar pukul 4 pagi.

Menurut perkongsian si suami yang menggunakan akaun TikTok @Zed Rodzua semalam, dia mendakwa insiden tersebut adalah angkara laporan dibuat seorang wanita yang juga pemilik sebuah kedai makan.

Dakwanya, wanita tersebut tidak berpuas hati terhadapnya dan isteri kerana beralih meninggalkan kedai makan miliknya itu gara-gara pesanan mereka lambat dihantar meskipun sudah menunggu sejam.

@zed.rodzuan

Replying to @Sharifah Nurfarah Yannis alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi

♬ original sound – Zed Rodzuan – Zed Rodzuan

Tambah lelaki itu, babak ‘drama’ wanita tersebut tidak berakhir di kedai mamak, malah dia turut meminta seorang lelaki yang didakwa suaminya mengekori mereka sehingga ke bilik hotel.

Akibatya pihak pejabat agama ketuk pintu bilik mereka dan membuat ‘spot check’ termasuklah hubungan mereka berdua rupanya mereka berdua sudah kahwin lalu menunjukkan kad perkahwinan.

“Alkisahnya kami makan kat kedai makcik tu, lepas tu dia sidai kami sejam tak dapat makan so kami letak duit atas meja dan blah terus dari situ sebab kebulur dari siang tak makan and gerak kedai mamak sebelah. So bermulalah segala tragedi,” kata lelaki itu.

Baca juga: Air tak ada diminta gali telaga-Lelaki ini terkejut nak kena saman RM300,000