Makcik tahan sebak nak gadaikan gelang emas pemberian suami buat netizen keluar air mata

Seorang makcik sambil mengelap air mata hendak menggadaikan gelang emas pemberian suaminya untuk membeli laptop buat anaknya yang hendak melanjutkan pelajaran.

Meneruskan perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok asiah1106, telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang makcik yang datang ke sebuah kedai elektronik untuk menggadai gelang emasnya mahu membeli laptop.

Beliau mengatakan laptop tersebut untuk anaknya yang masih belajar. Selain itu, reaksi makcik ini juga membuatkan orang ramai sebak apabila beliau merenung gelang emasnya yang dikatakan gelang itu suaminya belikan untuknya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian netizen apabila melihat reaksi beliau menahan sebak.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi makcik ini telahpun membuatkan orang ramai sebak ketika beliau mula menyebut tentang gelang emasnya.

Ada juga yang menawarkan diri dan ingin membelanjakan laptop tersebut untuk anaknya, namun pemilik kedai ini juga memberitahu bahawa laptop yang makcik ini ingin beli sudah membuat bayaran mengikut bulanan.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai 563.9K penonton, 24.1K sukaan dan 624 komen.

@asiah1106

Replying to @cikgu masni… PART 2 – Tak jadi tolak gelang sbb Sy ajak main kutu byr bulan bulan 😔 insyallah la nnti sya tolong bayarkan separuh dari harga asal niat sedekah utk dia terima kasih yg mana nak bantu 💓 #kutuasiah #ibukutuasiah #fypã‚· #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah #laptop #acer

♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Lihat apa juga kata orang ramai:

@niedahhhhhh: benda ni betul..suami saya pun skrang tgh strugle cari duit nk bli laptop untuk anak.. nak blajar..suami keje kais pgi makan pgi..kais ptg makn ptg.

@alialialia918: ALLAHuakhbar…itu la seorg ibu..sanggup berkorban demi utk anak2.nya wlupun hatinya trsgr terguris.

@umairah Ammar Qayyum: Meleleh ayaq mata ku ,demi anak-anak ku sanggup berkorban ,bnda kita syg sggup lps kn tapi syg anak2 tak sggup hmpa hati anak2

@Mohd Sunny330: wahai anak2 diluar sana dengarkan pengorbanan seorang ibu….apakah anda mampu membalasnya….

@faa: yaAllah besaqnya pegorbanan ibu , semoga makcik diberikan kesihatan yg baik2 dan dipermudahkan segala urusan … aamiin

Baca juga: Kulit pisang yang berbintik hitam jangan dibuang, banyak manfaatnya