Bilik tidur merupakan tempat penting yang akan memberikan kita rehat yang cukup dan minda yang tenang.
Jadi wajarlah jika ia dihiasi dengan hiasan yang cantik, warna dindingnya yang menenangkan dan juga perabot simple supaya tidak terlalu penuh ruangan bilik.
Seorang pengguna twitter @haleem_shake telah berkongsi makeover biliknya dari hanya sekadar bilik kampung ke tema bilik yang lebih moden.
Jom kita lihat perubahan bilik beliau.

Melalui gambar ini, dapat kita lihat biliknya menggunakan perabot kayu dan juga dindingnya berwarna putih.

Penggunaan warna biru dan putih memberikan nafas baru kepada bilik ini dan menonjolkan sisi eksklusif dan tenang.
Haleem cuma mengambil masa selama 2 minggu sahaja untuk menyiapkan biliknya dengan kos RM2,000.