Apabila umur semakin meningkat, pasti banyak tanda-tanda yang muncul seiring dengan umur yang makin menua bukan?
Sebagai wanita, pastilah kita akan mencuba pelbagai teknik untuk menutup cela di muka seperti memakai makeup yang serba tebal.
Mari lihat punca-punca jeragat yang timbul di permukaan muka:
1. Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten, seperti mencuci, menggunakan penyegar (toner), dan melembapkan kulit.
2. Faktor keturunan.
3. Faktor umur. Seiring dengan peningkatan usia, risiko tumbuh jeragat semakin tinggi.
4. Pendedahan kepada cahaya matahari. Oleh itu, disarankan untuk menggunakan pelindung UV setiap hari, terutamanya jika anda banyak melakukan aktiviti di luar.
5. Perubahan hormon, terutamanya dalam kalangan wanita semasa kehamilan, selepas bersalin, semasa mengambil pil perancang, atau apabila menggunakan beberapa jenis ubat-ubatan.
Berikut petua menghilangkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
1. Mulakan dengan mengambil sebiji ubi kentang, kemudian bersihkan dan kupas kulitnya.
2. Kemudian, parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga menjadi halus.
3. Setelah itu, perah air ubi kentang dengan menggunakan penapis. Asingkan air ubi kentang ke dalam bekas yang berasingan dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh bertahan selama seminggu. Air ini boleh digunakan sebagai semburan seperti penyegar.
4. Jangan buang hampas ubi kentang. Sebaliknya, anda boleh mencampurnya dengan aloe vera atau madu untuk digunakan sebagai masker wajah.
5. Sapukan masker tersebut pada wajah dan biarkan selama setengah jam. Kemudian, bilas wajah dengan air bersih.
Selamat mencuba!