Makin banyak kapal perang luar negara masuk Malaysia, ini yang berlaku rupanya

Keadaan semakin meruncing apabila kapal perang jenis frigat 053H3 Jiangwei milik China dikesan berlegar berhampiran pelantar minyak Velesto NAGA 4 dalam perairan Sarawak.

Ini dilihat sebagai satu bentuk ugutan yang terus meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan, kawasan strategik yang menjadi rebutan beberapa negara.

Kementerian Luar Negeri Malaysia telah mengambil maklum mengenai laporan ini, namun tidak dapat mengesahkan ketepatan atau butiran spesifik pergerakan kapal tersebut.

Pihak kementerian menjelaskan bahawa hal ini berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa keselamatan dan pertahanan negara.

Dalam kenyataan media, Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten.

Malaysia komited untuk mempertahankan kedaulatan dan hak-hak di kawasan maritim seperti yang digariskan dalam Peta Malaysia 1979 dan selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Sebelum ini, lebih 200 Kapal Dari China Mulai Memenuhi Perairan Berhampiran Malaysia seperti dilaporkanoleh media luar.

Terumbu Sabina atau Escoda Shoal mencatatkan kehadiran tertinggi, dengan 71 kapal, termasuk 53 kapal “militia maritim”, sembilan kapal tentera laut, dan sembilan kapal pengawal pantai China. Kehadiran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia dianggap sebagai langkah agresif oleh China.

baca: Terkejut! Ramai taktahu ini antara selebriti sudah bergelar ‘bujang’