Makin mahal kalau beli kat pasar malam, senang je rupanya nak buat ayam gunting ni..’confirm’ jilat jari!

Ayam goreng yang dicelup dengan tepung, seolah-olah ala Kentucky Fried Chicken (KFC), merupakan salah satu hidangan yang sangat popular di pasar malam di seluruh Malaysia.

Ramai kanak-kanak mahupun orang dewasa amat menyukai hidangan ini kerana rasanya yang enak dan juga mempunyai perasa yang pedas.

Kini, harganya yang meningkat mahal hingga mencecah RM12 membuatkan seorang wanita iaitu Zaitun Abd Hamid berkongsi resipi mudah untuk menghasilkan hidangan berkenaan.

Bahan perapan

1.Dada ayam (dipotong nipis)

2. Empat sudu sos tiram

3. Empat sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam

4. Sedikit jus perahan lemon atau limau

Bahan saduran

1. Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)

2. Tepung ubi atau tepung beras

3. Sedikit serbuk roti

Bahan perasa

1. Serbuk cili

2. Serbuk lada putih

3. Sos cheese (optional)

Cara penyediaan:

1. Campurkan bahan perapan dengan ayam dan biarkan meresap selama satu jam.

2. Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan untuk saduran dan kacau sehingga sebati.

3. Balutkan ayam dengan bahan saduran. Anda boleh menepuk-nepuk ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan baik.

4. Setelah ayam telah dilapisi dengan baik, goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam selesai digoreng.

6. Setelah selesai digoreng dan diberi perasa, ayam goreng telah siap untuk dipotong mengikut saiz yang anda inginkan! Ia akan lebih lazat jika disajikan dengan sos keju.

Selamat mencuba!

Baca juga: “Suami cakap kontrak dia dah tamat jadi dia takde kerja dah, aku nekad halau dia keluar dari rumah sampai dia melutut merayu..”