Jenama mewah Perancis, Hermes International, telah melancarkan sampul surat eksklusif dengan harga AS$125 (RM580) sekeping.
Sampul surat tersebut dibuat di Perancis dan direka untuk boleh digunakan berulang kali. Ia dibalut dengan sutera dan merupakan sebahagian daripada koleksi alat tulis mewah Hermes, yang juga termasuk buku nota dan pen.
“Dibalut dengan sutera, boleh digunakan semula dan didatangkan dalam dua saiz berbeza (A4 dan A5), sampul ini boleh digunakan untuk menghantar jemputan khas atau meluahkan rasa cinta.
“Cara tahan lama untuk menjadikan hidup anda sebagai kenangan terindah,” demikian keterangan produk itu di laman web Hermes.
Terdapat beberapa reka bentuk untuk sampul surat tersebut, dengan Hermes memberikan informasi bahwa corak dan warna produk yang dibeli oleh pelanggan akan menjadi kejutan.