Makin panas! Lebih 200 kapal dari China memenuhi perairan dekat dengan Malaysia

Apa dah jadi dengan Laut China Selatan sekarang? Nampaknya suhu suhu makin menghangatkan apabila segerombolan kapal China sedang memenuhi perairan itu.

Menerut sumber dari Bloomberg dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 203 kapal China telah dikesan berhampiran sembilan pos kawalan Filipina serta kawasan-kawasan penting lain yang sering dipertikaikan, menurut Tentera Laut Filipina.

Angka ini lebih tinggi berbanding 163 kapal yang dikesan pada minggu sebelumnya.

memetik portal thevocket, jurucakap Tentera Laut Filipina, Laksamana Muda Roy Vincent Trinidad, menyatakan bahawa lonjakan kehadiran kapal-kapal China ini mungkin disebabkan oleh tumpuan baru-baru ini terhadap kawasan Sabina Shoal.

Selain itu, peningkatan kapal China juga dilihat di Pulau Pag-asa dan Terumbu Iroquois, kawasan strategik yang sering menjadi rebutan antara kedua-dua negara.

Menurut Laksamana Trinidad, walaupun terdapat peningkatan jumlah kapal China, ia sama sekali tidak menghalalkan kehadiran mereka di kawasan yang dikatakan milik Filipina.

“Peningkatan jumlah kapal tidak akan membenarkan kehadiran mereka secara haram,” tegas beliau kepada media.

China, bagaimanapun, kekal dengan pendirian bahawa kehadiran mereka di Laut China Selatan adalah sah.

Beijing telah lama menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan sebagai wilayah mereka, sehingga membawa kepada ketegangan diplomatik dan pertembungan di laut dengan negara-negara jiran, termasuk Filipina.

Pertikaian ini mencapai satu lagi titik panas pada hujung minggu lalu apabila kapal pengawal pantai China dan Filipina dilaporkan bertembung sekali lagi di Sabina Shoal.

Filipina sejak kebelakangan ini semakin lantang dalam membantah kehadiran kapal-kapal China di kawasan mereka.

Insiden ini dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara Manila dan Beijing, terutamanya di tengah-tengah usaha Filipina untuk mempertahankan kedaulatan maritim mereka di perairan yang dipertikaikan.

Baca: “Mati-mati percaya suami pergi kerja, hancur hati bila tahu ada skandal dengan kawan baik”