Malas! Rakyat Malaysia paling malas jalan kaki di dunia, jatuh tempat ketiga

Malas! Rakyat Malaysia merupakan antara paling malas jalan kaki di dunia, kedudukan Malaysia jatuh tempat ketiga.

Kerana apa? Mungkin kerana faktor cuaca antara penyabab utama rakyat negara ini begitu malas untuk berjalan kaki.

Berjalan kaki boleh dikategorikan sebagai senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur namun rakyat Malaysia dikatakan malas untuk berjalan kaki.

Mengikut satu kajian yang dilakukan Universiti Stanford membabitkan 717,000 orang dari 11 negara. Kajian ini mendedahkan Malaysia merupakan negara ketiga di dunia yang malas untuk berjalan kaki.

Ia turut mendedahkan negara pertama di dunia yang paling malas berjalan kaki ialah Indonesia lapor portal Tempo.

Diikuti dengan Arab Saudi dengan sebanyak 3,087 langkah sebari dan Malaysia 3,963 langkah sehari

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, purata jumlah berjalan kaki negara itu adalah lebih rendah daripada saranan global iaitu sekurang-kurangnya 5,000 langkah sehari.

Secara keseluruhan, berikut adalah senarai 10 negara paling malas berjalan kaki berdasarkan penyelidikan:

Indonesia: 3,513 langkah sehari
Arab Saudi: 3,807 langkah sehari
Malaysia: 3,963 langkah sehari
Filipina: 4,008 langkah sehari
Afrika Selatan: 4,105 langkah sehari
Qatar: 4,158 langkah sehari
Brazil: 4,289 langkah sehari
India: 4,297 langkah sehari
Mesir: 4,315 langkah sehari
Greece: 4,350 langkah sehari

Baca juga: Pilih pekerja wanita dengan syarat payudara saiz D, restoran ini dikecam oleh pelanggan