Malindo Air kini dikenali sebagai Batik Air

  • Post author:

Malindo Air kini dikenali sebagai Batik Air. Syarikat penerbangan rantau yang berpangkalan di Malaysia itu mengumumkan penjenamaan semula mereka beberapa hari lepas.

“Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) telah meluluskan Air Operators Certificate kepada Malindo Airwas Sdn Bhd untuk beroperasi sebagai Batik Air bermula 28 April,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Malindo Air ialah sebahagian dari Lion Air Group. Syarikat penerbangan lain di bawah Lion Air adalah Super Jet, Wings Air, Batik Air Indonesia, Biz Jet, Thai Lion Air dan Lion Air.

Penjenamaan semula ini dikatakan selari dengan matlamat Lion Air untuk mempunyai identiti serupa untuk semua perkhidmatan penerbangan di bawahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berharap dengan kelulusan ini, perniagaan syarikat penerbangan tersebut akan bertambah baik.

“Dengan kelulusan ini, Batik Air akan dapat menjalankan perniagaan lebih baik untuk pemindahan lebih lancar, menggunakan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) sebagai hab transit Lion Group.

“Penjenamaan ini akan dibuat secara berfasa dan Batik Air  juga akan memaklumkan kepada pelanggan serta rakan kongsi niaga mengenai hal ini.

“Dengan pembukaan semula sempadan dan penambahan semula permintaan untuk pelancongan, Batik Air akan menambah beberapa bilangan pesawat B737 terhadap barisan pesawat sedia ada,”katanya.

Baca Juga: MySejahtera tidak lagi eksklusif untuk Covid-19 sahaja

Baca Juga: 6 adab ini penting jika beraya di rumah orang, nombor 3 tu kena jaga sikit