Malunya lamaran ditolak di hadapan 20,000 peminat, sudahlah kalah tapi Bukovaz menang sorakan

Malunya seorang petarung Mixed Martial Arts atau Seni Bela Diri Campuran (MMA) apabila lamarannya ditolak di hadapan 20,000 peminat.

Petarung Czech, Lukas Bukovaz melamar dengan berlutut selepas kalah dalam kejohanan Clash of the Stars di negara itu minggu lalu.

Menerusi klip video yang tersebar, wanita yang dilamarnya itu menutup wajahnya dengan tangan dalam keadaan malu ketika orang ramai bersorak.

“Berdasarkan kepada apa yang sudah berlaku, saya rasa mungkin tidak…tak mungkin,” jawab wanita itu menerusi mikrofon.

Ekoran itu, sorakan ‘boo’ kemudian kedengaran dari orang ramai dan seorang lelaki di tepi gelanggang dilihat cuba mencurahkan air ke arah wanita itu.

Teman wanita Bukovaz kemudian menjelaskan kepada 20,000 peminat itu bahawa lelaki itu sudah menipunya dan mempunyai wanita lain.

Dalam klip yang kemudian dimuat naik ke akaun Instagramnya, Bukovaz menafikan tuduhan bahawa dia tidak setia.

Pengguna media sosial menyatakan simpati kepada petarung MMA itu selepas dimalukan dan menjadi tular.

“Kasihan lelaki itu,” tulis seorang peminat di X.

BACA JUGA Dah kenapa pula DAP kena ucap terima kasih kepada Pas? Nama Anthony Loke pun kena ‘petik’