Mamak dah buka 24 jam guys, ‘we can finally lepak!’

Operasi kedai-kedai makan yang sebelum ini dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam sahaja kini mendapat kebenaran untuk dibuka dalam tempoh 24 jam selari dengan peralihan negara ke fasa endemik.

1. Meriah dengan makanan

Cakap pasal makanan di restoran mamak, sebut sahaja. Nak western, nak thai, nak masakan melayu, nasi kandar, nasi campur, semuanya ada. Cuma harga je kadang-kadang mengalahkan hotel.

2. Servis cepat

Duduk, order, tak sampai 5 minit air sampai. Kadang-kadang, makanan sampai dulu daripada air. Tapi, ini bukan semua kedai lah. Kadang-kadang tu, makanan dah nak habis pun belum tentu lagi makanan sampai.

3. Teh tarik mamak best

Selain daripada makanan, air the tarik di mamak ni rasa dia sedap semacam. Walaupun korang cuba tiru sebijik dekat rumah, takkan dapat rasa yang sama.
Ada terdengar dulu satu tips ni, diorang letakkan sikit garam dalam air teh diorang nak bagi rasa naik. Tapi, takt ahu lah betul ke tidak.

4. Order air kosong, tapi boleh lepak sampai 3-4 jam

Ini spesial pasal kedai mamak, diorang tak pernah marah kita nak duduk berapa lama pun kat situ. Cuma, agak-agaklah.

5. WiFi free dan laju

Sekarang ni musim mobile legend, memang selalu lah nampak budak-budak dan bapak-bapak budak cantum meja, duduk ramai-ramai lepas tu main game.

Selain mamak tu takkan marah kita pakai wifi dia, selalunya wifi password ni nama kedai tu dan orang tambah nombor 123, atau 0 sampai 9. Kebiasaannya lah. Hehehe.

6. Pekerja kedai mamak selalunya memahami

Memahami yang dimaksudkan dekat sini adalah pasal isyarat tangan. Bila nak suruh kira, amik order. Kalau angkat jari telunjuk ke atas, pusing-pusingkan sikit, dia tahulah kita suruh kira. Tapi, kalau nak bercakap… Ini kadang-kadang kena dua, tiga kali cakap baru faham. Itu pun kadang-kadang salah jugak yang sampai.

7. Semua makanan / minuman kita boleh customize

Misalnya, mintak roti canai kuah banjir, mintak susu pekat sikit, mintak gula sikit, taknak sayur semuanya boleh. Cuma jangan sesekali mintak the tarik buih lebih. Memang betul-betul dia bagi karang. Dah pernah kena.. Hahahaha

8. Tempat luah perasaan

Ha, yang ini pun selalu jugak. Kebiasaannya, nak luah perasaan, nak settle hal dengan housemate semuanya boleh settle dekat mamak.

9. Paling sempoi pakai je apa-apa

Nak pergi mamak ni simple je peraturannya. Nak pakai kain pelikat pun boleh. Takde orang yang nak usha pelik.

10. Open table sambil tengok bola

Point yang kesepuluh ni adalah sebab paling konkrit rasanya. Sebabnya kedai mamak ni akan buka mana-mana perlawanan yang ada. Memang selalu lepak mamak tengok bola je lah. Bila gol, boleh jerit kuat-kuat. Tak ada orang nak pelik

Dan tak kiralah musuh ke, apa ke, boleh lepak dalam satu kedai. Cuma bila team kita dah kalah, jangan sarung jersi lawan sudah.

COMMENTS