Maria Elena Arevalo seorang nenek menjadi pemburu kerana mempertankankan sebuah pulau terpencil khayalan.
Pemain permainan video dalam talian Free Fire tidak menyangka salah seorang lawan mereka yang paling ‘ganas’ dan licik, adalah nenek berusia 81 tahun, dari luar bandar Chile.
Beliau menetap di perkampungan kecil dan lembut tutur katanya, menjadi ‘pemburu’ tanpa belas kasihan ketika menewaskan saingan dalam permainan.
Menerusi permainan itu, puluhan juta pemain saling ‘menembak’ dalam usaha untuk bertahan di pulau terpencil khayalan.
Memakai apron, Arevalo dengan watak alter ego dalam talian iaitu ‘Mami Nena’, gelaran diberi oleh cucu tunggalnya, Hector Carrasco, 20.
Carrasco yang memperkenalkan Arevalo kepada dunia permainan digital sekali gus memberi nafas baru dalam kehidupan neneknya yang kesunyian selepas kematian suami, empat tahun lalu.
Kini, Arevalo bermain di peringkat ‘Heroic’ hanya kurang satu daripada peringkat tertinggi iaitu Grandmaster yang hanya membabitkan 300 pemain.
Meskipun sudah berusia , Arevalo mempunyai empat juta pengikut di TikTok dan 650,000 di YouTube yang menjadi mediumnya berkongsi petua dengan rakan pemain.
Tahun lalu, Arevali melawat Mexico City dalam perjalanan berbayar semua perbelanjaan sebagai duta Free Fire untuk sambutan ulang tahun permainan itu. Ia adalah pengembaraan sulungnya ke luar negara.
Awal bulan ini, Arevalo tersenarai dalam kelompok 100 warga emas Chile yang paling penting oleh akhbar El Mercurio dan Universiti Katolik kerana membantu ‘memecahkan’ stereotaip umur.
Sementara itu, Carrasco kagum dengan neneknya yang kini menjadi individu terkenal.
Baca juga: Tular video aksi bersilat di Masjid Nabawi-Jaga adab, balik negara sendiri bersilat habis-habisan