Raih RM7.4 juta di Tiktok, ramai taktahu identiti sebenar wanita di sebalik akaun ‘Jungle Girl’

Ramai yang mengenali akaun tiktok Jungle Girl dan berpendapat wanita ini sangat pandai dalam menggunakan teknologi yang diberikan.

Malahan, wanita ini juga digelar sebagai orang asli paling kaya di Malaysia berikutan jumlah pendapatannya kini mencecah jutaan ringgit.

Wanita yang bernama Nur Rafidah Man ini juga adalah orang asli dan berasal dari suku kaum Jahut.

Meskipun berada dalam serba kekurangan di hutan, semangatnya tidak luntur dan memberanikan diri mengikuti bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau.

Apa yang menariknya, wanita ini ternyata memiliki daya tarikannya tersendiri hingga mampu menarik jutaan ringgit jualan meskipun hanya dengan minyak urut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai berpendapat wanita ini sangat bersemangat meskipun berada di dalam hutan yang serba kekurangan berbanding di bandar moden.

Baca juga: “Betul-betul deras”- Tular video anggota bomba tunjuk realiti lokasi mangsa jerlus