‘Mana murid belajar untuk kurang ajar kalau bukan daripada mak bapak?!’ – Marah betul guru Matematik ini

Tanpa sedar murid yang jenis kurang ajar sebenarnya ‘belajar’ dari ibu bapak mereka.

Benarlah, pendidikan bermula dari rumah. Kalau jenis ibu bapa yang kuat ‘komplen’ itu dan ini malah biadab, hal itulah yang akan dicontohi anak-anak.

Ini luahan hati guru Matematik, Sumayyah Mohd Marzuki sebagai respon beliau terhadap cemuhan seorang lelaki mengenai satu soalan Matematik sekolah rendah:

Sebab sekarang ni musim nak bash sistem kerajaan gamaknya, tertayang sekali yang kau tidur masa cikgu mengajar.

Ni bang, benda zaman dulu lagi cikgu dah ajar. Kau tak buat benda ni, auto salah jawapan kau. Bila jawab soalan Matematik.

WAJIB letak unit yang digunakan.

WAJIB tunjuk jalan kerja.

Kau tak buat dua ni, walaupun kiraan itu betul, tetap kena pangkah. Tetap hilang markah.

Kenapa? Sebab unit tu penting.

Itu masa zaman UPSR lagi dah ajar. Kau kira dapat jawapan tu dalam unit apa? kg? g? cm? ⁰?

Lagi satu. Kiraan dia tak tepat. Mana ruang sen dia? Sebab kalau belajar silibus Wang, cikgu mesti drill budak, letak ruang ringgit dan ruang sen.

Sebab itu, progression dia, dia ajar nombor bulat, tambah – bahagi, pecahan dan perpuluhan, barulah masuk Wang. Dia tak terus-terus ajar Wang.

Faham? Sebab budak tak faham 100 sen tu = RM1.00 kalau terus-terus ajar Wang. Kenalah ada progression dia.

Lagi satu, yang kau menggelupur sangat pasal soalan pakaian tu beli dekat mana dah kenapa? Kau tak pernah beli baju ke? Spender semua harapkan mak dan bini je beli ke?

Ni, namanya soalan bonus. Soalan yang ditanya supaya budak dapat juga markah. Kalau kita beli baju, takkan nak beli dekat pasar ikan, bang oi. Mestilah beli dekat kedai baju.

Jadi, kalau selagi budak tu bagi jawapan yang dalam lingkungan kedai baju, contohnya, Mydin ke, Pusat Pakaian Hari-Hari ke, Bazaar Raya ke, ini menunjukkan budak itu ada kepekaan mereka untuk kenal jenis-jenis kedai. Benda ni, cikgu biasanya bincang dalam kelas sebelum periksa.

Korang kan… marah betul bila budak-budak bagi kertas jawapan kosong masa exam, letak nota bukan-bukan menyalahkan soalan susah. Korang panggil budak-budak tu kurang ajar bagai.

Mana mereka belajar untuk kurang ajar? Daripada mak bapak jenis macam inilah! Yang komplen berjela semata-mata nak engagement hentam sistem, hentam cikgu.

Mana kau masa anak tu belajar topik ni? Masa dia terkial-kial nak jawab, datang minta tolong?

Jawapan kau, kau penat, kau bukan cikgu, pergi tanya cikgu, kan? Lepas tu, anak dapat result apa, kau menggelupur salahkan soalan.

Sedangkan benda tu, lagi lama kewujudan dia banding dengan umur kau. Yang kau sendiri belajar masa sekolah dulu.

Ni namanya… menayang bingai!

BACA JUGA Cuma guna 5 bahan je nak buat popcorn sendiri kat rumah, ‘confirm’ anak-anak suka!