Penduduk Britain gempar apabila mengetahui terdapat sebuah blok keluli aneh setinggi 3 meter di sebuah kawasan tanah lapang dekat bukit Hay Bluff.
Lokasi berhampiran bandar Hay-on-Wye, Britain menjadi tumpuan orang ramai yang keliru tentang siapa dan motif ia didirikan.
Penemuan itu juga sekali gus mencetuskan beberapa teori konspirasi berhubung pihak yang meletakkannya di situ.
Ada yang ‘tuduh’ angkara makhluk asing tetapi warganet turut berseloroh seolah-olah hanya Britain dan Amerika Syarikat (AS) di dunia ini diminati oleh makhluk asing.
Sebabnya, hampir empat tahun lalu, heboh juga dengan pelbagai versi monolit seumpama itu dikesan di seluruh Britain dan AS, terutamanya di Pantai Compton di Isle of Wight.
Jutaan pengguna di media sosial tertarik dengan tiang-tiang keluli tersebut.
Sebahagian orang mempercayai bahawa ia adalah satu bentuk gurauan.
Salah satu teori yang paling popular adalah ia sebenarnya sebahagian daripada karya seni.
“Saya fikir ia kelihatan agak pelik, namun ia mungkin merupakan penyelidikan media saintifik yang mengumpul air hujan.
“Namun kemudian, saya menyedari bahawa ia terlalu tinggi dan pelik untuk itu,” kata seorang pendaki, Richard Haynes.
BACA JUGA Warga emas ini pernah berkahwin 87 kali sehingga digelar ‘Raja Playboy’