Empat lelaki didakwa atas pertuduhan mencuri mangkuk tandas yang bersalut emas 18 karat seberat 25 kilogram dari Istana Blenheim di Britain pada tahun 2019, seperti yang dilaporkan oleh Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Michael Jones, 38, dan James Sheen, 39, dihadapkan dengan pertuduhan pecah rumah, manakala Fred Doe, 35, dan Bora Guccuk, 39, dituduh bersubahat untuk memindahkan harta jenayah.
Tandas tersebut ketika dicuri, merupakan sebahagian daripada pameran oleh artis seni konsep dari Itali, Maurizio Cattelan. Ia dikatakan mempunyai nilai sebanyak £4.8 juta (RM27.6 juta).
Ia boleh digunakan untuk tujuan membuang air, tetapi penggunaan dibataskan selama tiga minit untuk mengelakkan berlakunya barisan yang panjang.